Assalammualaikum & Salam Sejahtera..
2017 beralih bulan ke-3...
Semoga yang datang dalam kehidupan kita adalah yang baik-baik sahaja.
3 tahun lepas pada tarikh yang sama saya pernah bertarung nyawa..
Peluang 50/50... Berada dalam keadaan koma.
Tapi syukur alhamdulillah masih dipanjangkan umur &
diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk terus bernafas dimuka bumi ini.
Walau sudah 3 tahun berlalu.... tapi tetap dalam ingatan..
Jadi mangsa kemalangan akibat kecuaian pihak lain.
Time tu, saya baru beberapa bulan mula menikmati kehidupan yang lebih baik..
Hampir 2 tahun saya berusaha berubat merata untuk pulih & kesihatan yang lebih baik.
Tapi itulah, apabila baru ingin merasai & menikmati saya diuji sebab perkara lain.
It's ok... Itu tandanya Allah sangat sayangkan saya...
Cuma yang ralat, puncanya kerana kecuaian pihak lain..
Dan..kes itu masih berjalan sehingga sekarang untuk tuntutan bagi pihak saya.
Tak tahu bila selesainya... Saya ok jer... Walau pedih juga melaluinya.
Kemalangan tu tinggalkan kesan yang buruk juga untuk kehidupan saya.
Meredhakan sesuatu yang terjadi adalah yang terbaik daripada meratapi.
“Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa.”
(Ya Allah! Tiada kesenangan kecuali yang Dikau permudahkan; Dan Dikaulah menjadikan kesedihan (kesukaran), jika Dikau mengkehendakinya pasti akan menjadi mudah.)”
Takdir di satu bahagian kelihatan agak menyakitkan. Namun Yakinlah! Jika kita melihat dari sebelah yang lain pula, pasti ada yang terbaik dan hikmah tersembunyi yang terdapat di sebalik semua yang terjadi itu.
L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰
17 comments:
setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahNya kan..semoga Lya tabah dan terus diberi kesihatan yang baik
Sy kagum dgn awak semangat sgt kuat, truskn prjuangan msh trlalu jauh lgi utk d lalui..hope awak sentiasa kuat brsama org2 trsyg
Alhamdulillah kita diberi lebih masa & peluang untuk besarkan permata hati masing-masing kan lya. harap lya lebih tabah & kuat serta sehat selalu. aamiin.
InsyaAllah.. moga menjadik yang terbaik untuk semua.
kita cuba utk buat yang terbaik ok.
Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua.. amin~
bulan march besday saya yeehahaaaaa :)
jangan lupe bagi hadiah hehe :)
Huhu..Lya! banyak ups and downs hidup awak. Terkesima sekejap baca. Siapa sangka kan..setenang wajah Lya, tersembunyi sesuatu yang pernah berlaku dalam hidup kita. Betul kata Lya..meredhakan sesuatu itu lebih baik dari meratapi. Semoga kita sentiasa dalam redha ALLAH S.W.T. Lya take care!
semoga yg indah n manis2 je bulan ni ye lya...
Lya eksiden yeh.... Teruk ke Lya?
Betul tu Lya..... setiap dugaan yg Allah bagi kalau kita redha, insyaallah akan mudah jadinya tapi tulah belum tentu kita boleh redha ....huhu
Seronok tengok Lya sihat hari ini...
pernah eksiden lya? ya Allah.. moga smua urusan dpermudahkan eh lya.. btw cantik mak dgn anak.. hihi
Huhuhuu..baca kisah awak nie sebak tau..awak insan yg terpilih..smoga awak kuat..tabah..dlm kehidupan nie..in sha allah ada hikmah disebaliknyer nnt..amin
moga hari2 berikutnya menjadi hari indah buat lya..inshaAllah..
semoga Lya terus diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan dr Allah swt. Amin.
Kejap jer dah March kan. Masih tak selesai lagi kes tu yer Lya. Lamanya. Smoga dipermudahkan urusan olehNYA.
Kuat semangat Lya.... Allah uji sebab Dia sayang... redha... tentunya ada ganjaran yang menanti...
Moga Lya terus kuat dan tabah dalam menjalani rutin harian.
teringat plak dgn makcik sy yg prnh terhenti nadi beberapa saat 😱 pihak yg buat Lya accident tu ada dtg minta maaf tak? kwn sy meninggal dunia akibat kecuaian org lain, tapi org tu tak dtg pun jumpa keluarga arwah. sekurang2nya mohon kemaafan 😥
sedih bila baca kes2 kecuaian pihak lain, alhamdulillah lya masih diberi kehidupan dgn keluarga.
apapon kuat hadapi dugaan, allah syg tu :)
Post a Comment