Wednesday, April 19, 2017

Weekend yang hectic !

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Sementara jumpa jalan yang benar ni, meh la update blog secara berjemaah. Haha. Saya perasanlah, semenjak kewujudan Instagram ni..dunia blog seakan ditinggalkan.. Ramai juga kawan blogger, sejak buka acc IG, dah tak menulis blog tapi sangat aktif di IG. Ada juga still menulis, tapi suam-suam kuku **saya letteww** . Saya agak aktif di IG.. Walaupon mood on/off, tapi saya akan tetap update blog ni. Sebab kat sini simpan kenangan dengan lebih terperinci.. Nantikan tua-tua esok nak baca balik semua kenangan tu.. Jadi, mehlah kita menulis yang baik-baik saje . 

Berbalik pada tajuk, cerita hujung minggu lalu yang amat hectic.. Memang rutin mingguan saya agak memenatkan. Yelah, setiap minggu kena turun Kuantan.. Bukan saje-saje pergi jalan yer, tapi sebab urusan kerja suami & saya sendiri pon ada appoitment di hospital. Biasalah, sambil-sambil menyelam minum air.. Haha. Perjalanan Kemaman-Kuantan lebih kurang 45min. Penat juga... 

Kebetulan last week Fasya ada kem solat sebelah pagi. Jadi, kita orang turun kuantan sebelah t/hari. Penat oooo... Mana nak settel kerja rumah lagi. Nak iron baju sekolah/kerja untuk seminggu.. Bab lipat kain tu dah berbakul tak menyempat. Lagi pulak, cuti weekend saya just 1 hari seminggu. Sabtu-Khamis bekerja. Weekend yang 1 hari tu plok, kena turun Kuantan tiap-tiap minggu. Tapi setiap minggu ke-4 , saya dapat cuti hari Sabtu. 

Lepas hantar Fasya sekolah. Mama+papa dating berdua je. Pekena nasi kerabu daging bakar. Tapi sungguh mamapapa janggal tanpa kehadiran dia. Rasa tak best je.. Lepas breakfast singgah pasar tani & terus balik rumah. Sempatlah settle kerja rumah sikit.

Sebelah petang , lepas Fasya balik kem solat ..Macam biasalah..gerak ke Kuantan. Ada masa sebelum ke pejabat papa, kita tengok wayang dulu. Kali ni papa buat surprise.. Tak bagitahu pom nak bawa dia tengok wayang. Hehe. Kali ni layan movie "The Baby Boss" . Memang kelakar lah cerita ni....

Sebelum balik Kemaman, singgah sini.. 
Dah cerita kat entri sebelum ni kan. Memang syokkklah lepak kat sini.

Pekena Megi Cheese... Nyummmsssss

View cantik.. rasa nak snap pic banyak-banyak.

3 of us..
Pakai hitam ni membuatkan saya nampak besar plok..
Sebenarnya angin pantai yang masuk dalam baju tu.. 
Tu gelembung semacam.. Haha
L.O.V.E❤,
Lya Afrina๐Ÿ‘ฐ

Tuesday, April 18, 2017

Kafe Loteng TC

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Baru sempat memunculkan diri.. Al-maklumlah sibuk dengan urusan banyak sangat. Ditambah dengan kesihatan yang kadang-kadang tak mengizinkan.. Biasalah, bila tak sihat ni, nak menulis blog pom kelaut... Walaupun dalam hati meronta... Ewahhh... Saya mohon ampun maaf sebab ada yang sampai komen banyak kali sebab ingat masih belum komen kat entri yang sama.. Selagi saya tak baca komen & BW saya tak approve sebab takut approve awal-awal nak BW terlepas pandang. Lagi pon bloglist saya kat sidebar tu tak settle-settle lagi nak update. Itu pun baru start bulan lepas saya create bloglist.. Kalau ada yang sudi, silalah tinggalkan link blog anda kat sini...senang saya masukkan terus dalam bloglist tu.

Kali ni just nak share satu kafe yang sangat-sangat best dekat Pantai Teluk Chempedak. Seriuslah..dah berpuluh tahun kesini, saya baru je tahu baru-baru ni kewujudan kafe ni. Sebelum ni memang tak pernah merayap kat area Starbuck Teluk Chempedak ni. Sesiapa yang bercuti ke Pantai Teluk Chempedak, memang wajib singgah kafe ni. Menu best & yang penting suasana sungguh ohsem. Kejadiaan ni 3 minggu lepas dah kot.. Hari yang sama selepas tengok movie Beauty & The Beast (entri terdahulu) . Sebelah malam singgah Pantai Teluk Chempedak.. Sebab apa kalo ke Kuantan , sebelum gerak balik mesti singgah sini kan?? Sebabnya kat sini as one stop centre.. Semua ada.. Banyak gerai makan... Ada tandas & surau.. Jadi sekaligus..

Sebut pasal Kafe Loteng TC ni, lokasinya betul-betul bersebelahan Starbuck.. Jadi kena berjalan sampai ke hujung. Kedudukannya atas 7Eleven . Memang senang kacang je nak cari ni. Sebaik saje masuk sini, wowwwww! Ruang makan kat aras 1 just meja-meja biasa..Tapi suasana dia cantik. Mengadap pantai. Kalo nak suasana lagi best, sila naik tingkat atas loteng.. Berbumbungkan langit & bintang.. Memang sejuk & angain pantai sepoi-sepoi bahasa lah. Tapi jangan risau, kalo hujan ruangan bumbung tu boleh ditutup. Kiranya kalo kita pergi siang hari, bumbung tu tertutup & sebelah malam baru dibuka.

Let's go !

Mural Art dekat aras 1 kafe 

Sampai sini, terus order menu dekat kaunter & buat bayaran.
Lepas tu cashier akan bagi button apa nama..lupadah..hahhaa..
Lepas button ni menyala, kita boleh pergi dekat kaunter untuk mengambil makanan.

Ni sebahagian yang saya order aritu.
Air buah dia memang betul-betul fresh..
Grill Chicken Chop untuk Fasya.. Memang sedap..
Dan tak lupa Manggo Cheese Cake Bar... nyummsss..
Mamapapa ambik set nasi+tomyam+telur dadar. 
Tomyam dia simple jjer, tapi memang sedap & kena selera.

Saya duduk kat bahagian atas loteng..memang bestlah suasana ..
 Dengan angin bertiup & deruan ombak.

Mengadap pantai Teluk Chempedak

Tangga nak naik ke aras loteng

Kali ke-2 pergi sini minggu lepas.. Nak rasa suasana siang hari lak.
Rezeki boleh duk lepak macam ni sebab masa pergi tu tempat ni still kosong. Hehe.
Kali ni pekena Megi Cheese plok. View memang cun! Cuma kamera jer tak cun.. 
Guna lens fish eye... tapi lupa nak lap...tu kelabu asappp jer pic.. Huwaaa...


Boleh follow IG Loteng.tc untuk maklumat lanjut.
L.O.V.E❤,
Lya Afrina๐Ÿ‘ฐ

Thursday, April 6, 2017

Beauty And The Beast & Happy 30th Birthday GSC Cinema !

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Akhirnya ...munculkan diri juga. Entri pertama untuk bulan April ni. Tahun ni penat sikit. Penat berulang-alik ke hospital. Penat jugak nak hadap macam-macam yang hosp dah plan tu. Kita follow je la.. Demi kebaikan kan??

Last week sempat bawa Fasya tonton movie kontroversi "Beauty & The Beast". Dari tahun lepas tunggu ni. Hampir frust jugaklah, pada mulanya ingatkan dah tak tayang terus kat Malayisa.. Hehehe. Yang pasti full house ! 

Beauty & The Beast salah satu cerita dongeng yang sangat popular dan dinantikan. Semestinya filem ni best...cuma rasa macam tak puas tengok.. Ada muzikal sikit dalam filem ni. Muzikal dia best-best . Yang pasti, comeynya Emma Watson. Dah besar dia haaa.. 

Pasal kontroversi tu macamana?? Sebenarnya kalo bukan sebab pengarah dan kontroversi tu...memang tak perasan langsung pasal isu tu tau. Last scene, just Le Fou menari dangan lelaki dan dia senyum penuh makna.. Tu je la.. Scene tak sampai 5min pom. Kalo bukan sebab kontroversi tu... Xde langsung terfikir isu tu.. Sebab dia orang menari ramai-ramai & time tukar pasangan tarian tu..dia termenari dengan lelaki.. Itu jer lah..

Sempena birthday month GSC Cinema , ada photobooth serba gold. Termasuk kotak pop corn pom.. Yang best GSC anjurkan contest sempena birthday ke 30. So, sape bertuah dapatlaj sebiji epal merah yang limited edition tu. Lya pom cuba jugak join..Manalah tahu rezeki kan???

Budak paling eksited.
Masa ni baru masuk. Orang pertama masuk tu.. Hehe.

Wefie dulu...

Photobooth beauty&the beast xde.  
Kita tumpang power rangers je la..

Overall, saya bagi 5 bintang untuk Beauty And The Beast!

................................

Sebelum tengok wayang sempat survey tiles kat showroom WhitE House, Semambu Kuantan. Orang-orang kemaman kalau nak beli tiles datang kedai area semambu ni, harga murah. Selain tu kita boleh masuk showroom white house dan boleh pilih design yang kita nak. Lepas tu, kita pergi jer mana-mana kedai mozek area situ bagitahu code yang berkenan. 

Memang hobi mama...suka snap pic anak dara mama ni. Semua ni kenangan bila dia besar.  Kenangan yang takkan berulang.

Lepas dah survey tiles...round-round dalam mall sementara tunggu pukul 5 nak masuk panggung. Fuhhh patah kaki.  Last-last kononnya tengok kasut..padahal nak tumpang lepak sini. Hehe

3 of us..
Tumpang duduk yerrr...
Hehehee

Till we meet again๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜€๐Ÿ˜ƒ

L.O.V.E❤,
Lya Afrina๐Ÿ‘ฐ

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (136) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (97) MyHappyFamily (79) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Ramadhan (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (27) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) mama+papa+fasya (21) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Tempat Makanan Best Di Kuantan (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) Mamalovefasyafrina (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1)