Tuesday, April 18, 2017

Kafe Loteng TC

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Baru sempat memunculkan diri.. Al-maklumlah sibuk dengan urusan banyak sangat. Ditambah dengan kesihatan yang kadang-kadang tak mengizinkan.. Biasalah, bila tak sihat ni, nak menulis blog pom kelaut... Walaupun dalam hati meronta... Ewahhh... Saya mohon ampun maaf sebab ada yang sampai komen banyak kali sebab ingat masih belum komen kat entri yang sama.. Selagi saya tak baca komen & BW saya tak approve sebab takut approve awal-awal nak BW terlepas pandang. Lagi pon bloglist saya kat sidebar tu tak settle-settle lagi nak update. Itu pun baru start bulan lepas saya create bloglist.. Kalau ada yang sudi, silalah tinggalkan link blog anda kat sini...senang saya masukkan terus dalam bloglist tu.

Kali ni just nak share satu kafe yang sangat-sangat best dekat Pantai Teluk Chempedak. Seriuslah..dah berpuluh tahun kesini, saya baru je tahu baru-baru ni kewujudan kafe ni. Sebelum ni memang tak pernah merayap kat area Starbuck Teluk Chempedak ni. Sesiapa yang bercuti ke Pantai Teluk Chempedak, memang wajib singgah kafe ni. Menu best & yang penting suasana sungguh ohsem. Kejadiaan ni 3 minggu lepas dah kot.. Hari yang sama selepas tengok movie Beauty & The Beast (entri terdahulu) . Sebelah malam singgah Pantai Teluk Chempedak.. Sebab apa kalo ke Kuantan , sebelum gerak balik mesti singgah sini kan?? Sebabnya kat sini as one stop centre.. Semua ada.. Banyak gerai makan... Ada tandas & surau.. Jadi sekaligus..

Sebut pasal Kafe Loteng TC ni, lokasinya betul-betul bersebelahan Starbuck.. Jadi kena berjalan sampai ke hujung. Kedudukannya atas 7Eleven . Memang senang kacang je nak cari ni. Sebaik saje masuk sini, wowwwww! Ruang makan kat aras 1 just meja-meja biasa..Tapi suasana dia cantik. Mengadap pantai. Kalo nak suasana lagi best, sila naik tingkat atas loteng.. Berbumbungkan langit & bintang.. Memang sejuk & angain pantai sepoi-sepoi bahasa lah. Tapi jangan risau, kalo hujan ruangan bumbung tu boleh ditutup. Kiranya kalo kita pergi siang hari, bumbung tu tertutup & sebelah malam baru dibuka.

Let's go !

Mural Art dekat aras 1 kafe 

Sampai sini, terus order menu dekat kaunter & buat bayaran.
Lepas tu cashier akan bagi button apa nama..lupadah..hahhaa..
Lepas button ni menyala, kita boleh pergi dekat kaunter untuk mengambil makanan.

Ni sebahagian yang saya order aritu.
Air buah dia memang betul-betul fresh..
Grill Chicken Chop untuk Fasya.. Memang sedap..
Dan tak lupa Manggo Cheese Cake Bar... nyummsss..
Mamapapa ambik set nasi+tomyam+telur dadar. 
Tomyam dia simple jjer, tapi memang sedap & kena selera.

Saya duduk kat bahagian atas loteng..memang bestlah suasana ..
 Dengan angin bertiup & deruan ombak.

Mengadap pantai Teluk Chempedak

Tangga nak naik ke aras loteng

Kali ke-2 pergi sini minggu lepas.. Nak rasa suasana siang hari lak.
Rezeki boleh duk lepak macam ni sebab masa pergi tu tempat ni still kosong. Hehe.
Kali ni pekena Megi Cheese plok. View memang cun! Cuma kamera jer tak cun.. 
Guna lens fish eye... tapi lupa nak lap...tu kelabu asappp jer pic.. Huwaaa...


Boleh follow IG Loteng.tc untuk maklumat lanjut.
L.O.V.E❤,
Lya Afrina๐Ÿ‘ฐ

13 comments:

PERMATABIRU said...

CANTIK VIEW MMG DEKAT LOTENG KE

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

akak ada pergi TC akhir tahun lepas, tapi jalan2 kat bawah aje. Tak singgah makan sbb masih kenyang lagi. Kalau tahu ada cafe yg best mcm ni lain kali boleh try. Thnx for sharing Lya

norhidana miswan said...

cantiknya view kt situ...

lagi2 kalau siang hari

mama tisya said...

yg time siang tu..dpt duduk atas beanbag ngadap pantai syok tu

Anis Azalea said...

Macam2 benda baru di Kuantan ya.. selalu pass by je situ terus ke KT.

Ucing Kadayan Fan Club said...

seonok bersama keluarga.Sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu.(^_^).

https://ucingkadayan.blogspot.com/2017/04/segmen-tonton-ucing-nak-try-irama-melayu.html

Nour Adieb said...

Hipsternya �� Tapi smart lah art tu ��

dear anies said...

rasa nak blk ni trs singgah gerai chicken chop ;-) mcm da lamaaaa x mkn

eynda said...

Betul Lya... blog ada banyak kenangan dari anak2 kecikkkkk lagi... IG wujud masa diaorg dah besar... lagipun IG tak terperinci kisah yg kita nak cerita... lebih kurang tulis caption je utk gambar kan.... akak pun blog dah suam2 kuku tapi kalau ada masa memang akan cuba update entry...

Suka baca entry Lya... rasa padat aktiviti harian Lya & family tapi penuh rasa bahagia :-)

Cr. Siti Hazreen Shahrom said...

tengok air tu terliur hehe

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

one find day i will go there ! hihih

Nina Mads said...

yelahh loteng ni pun ramai kata sedap ๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹ alaaa bila nk dpt rasa huhu... terima kasih lya walaupun kesihatan on off tp bw juga ya ๐Ÿ˜

aryan azra said...

wah menarik tu, bila2 ke kuantan boleh singgah sini

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (80) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (72) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (24) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)