Wednesday, April 19, 2017

Weekend yang hectic !

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Sementara jumpa jalan yang benar ni, meh la update blog secara berjemaah. Haha. Saya perasanlah, semenjak kewujudan Instagram ni..dunia blog seakan ditinggalkan.. Ramai juga kawan blogger, sejak buka acc IG, dah tak menulis blog tapi sangat aktif di IG. Ada juga still menulis, tapi suam-suam kuku **saya letteww** . Saya agak aktif di IG.. Walaupon mood on/off, tapi saya akan tetap update blog ni. Sebab kat sini simpan kenangan dengan lebih terperinci.. Nantikan tua-tua esok nak baca balik semua kenangan tu.. Jadi, mehlah kita menulis yang baik-baik saje . 

Berbalik pada tajuk, cerita hujung minggu lalu yang amat hectic.. Memang rutin mingguan saya agak memenatkan. Yelah, setiap minggu kena turun Kuantan.. Bukan saje-saje pergi jalan yer, tapi sebab urusan kerja suami & saya sendiri pon ada appoitment di hospital. Biasalah, sambil-sambil menyelam minum air.. Haha. Perjalanan Kemaman-Kuantan lebih kurang 45min. Penat juga... 

Kebetulan last week Fasya ada kem solat sebelah pagi. Jadi, kita orang turun kuantan sebelah t/hari. Penat oooo... Mana nak settel kerja rumah lagi. Nak iron baju sekolah/kerja untuk seminggu.. Bab lipat kain tu dah berbakul tak menyempat. Lagi pulak, cuti weekend saya just 1 hari seminggu. Sabtu-Khamis bekerja. Weekend yang 1 hari tu plok, kena turun Kuantan tiap-tiap minggu. Tapi setiap minggu ke-4 , saya dapat cuti hari Sabtu. 

Lepas hantar Fasya sekolah. Mama+papa dating berdua je. Pekena nasi kerabu daging bakar. Tapi sungguh mamapapa janggal tanpa kehadiran dia. Rasa tak best je.. Lepas breakfast singgah pasar tani & terus balik rumah. Sempatlah settle kerja rumah sikit.

Sebelah petang , lepas Fasya balik kem solat ..Macam biasalah..gerak ke Kuantan. Ada masa sebelum ke pejabat papa, kita tengok wayang dulu. Kali ni papa buat surprise.. Tak bagitahu pom nak bawa dia tengok wayang. Hehe. Kali ni layan movie "The Baby Boss" . Memang kelakar lah cerita ni....

Sebelum balik Kemaman, singgah sini.. 
Dah cerita kat entri sebelum ni kan. Memang syokkklah lepak kat sini.

Pekena Megi Cheese... Nyummmsssss

View cantik.. rasa nak snap pic banyak-banyak.

3 of us..
Pakai hitam ni membuatkan saya nampak besar plok..
Sebenarnya angin pantai yang masuk dalam baju tu.. 
Tu gelembung semacam.. Haha
L.O.V.E❤,
Lya Afrina๐Ÿ‘ฐ

21 comments:

mama tisya said...

maggie cheese menu lain dr lain..mmg cantik view ngadap pantai tu...biasa org pki itam nmpk slim..tp sbb lya dh slim tu yg die bg nmpk besar skit

amirah said...

waaa bestnyaaa..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

tak nampak beso pun, cantik!

kesoma rai said...

hai lya.. lama tak berbloghopping.. saya bukan suam kuku lagi..dah seram sejuk. ni baru nak menulis semula.. sayang kalau kenangan tak ditulis kan.. hehe

norhidana miswan said...

lya, jgn la bizi ngn ig sampai blog di lupekan heheheh...

akak tgk lya mmg rajin update ig, maklum gambar lawo2... akk ni kelaut, ig tu kadang2 je kalau rajin tu pun asik gambar makanan je hehehehe

Kesuma Angsana said...

Salam Khamis.Menyinggah bila ada kelapangan. Wah cantik sugguh dah anak dara sorang ni .. nasi kerabu daging bakar tu buat KA teringin lah !

Hafiza AizZawa said...

bahagianya.. anyway done follow sini..

Emarieys said...

mengisi masa cuti minggu bersama keluarga tercinta...seronok.

Nour Adieb said...

Happy Fasya dapat tengok 'The Baby Boss'. Lama x makan nasi kerabu �� Dulu aktif ig, tapi sekarang aktif blog. Eh, terbalik pula ��

NanyFadhly said...

Banyak aktiviti Lya. Okeyla tuh kan..dapat spent masa sama2 dengan family. Maggi Cheese ? wahh..ni pertama kali kudengar. Macam2 la makanan sekarang. :)

el said...

bestnya dpt nasi kerabu dgg bakar

Rohana Ahmad said...

Sabtu ni akk ke gambang kuantan. Bestnya dapat cuti 3 hari. Tapi malasnya nak packing baju

Raihanah Ahmad said...

hectic tapi bahagia kan

dear anies said...

Megi cheese tu cam ne lya?

E'in said...

e'in pun just update seminggu sekali je lya.. hihi..

semoga bahagia selalu lya dan keluarga.. :)

Bunda_nora said...

Untunglah dapat dating2 ngn husband.. nasi kerabu memang kegemaran bunda.. tapi tak banyak yang sesedap tekak kita...lain tangan lain rasa...

Bunda_nora said...

megi cheese tu macamne rasanyer yer.. tak pernah dengar bunda sebelom ni.. he he..

aizamia 3 said...

Samalah kita.. blog tetap ber update cuma tak sekerap dulu.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

salah satu wish list ...nak jalan pantai timur..bila ni nak bawak..hahahhaa

Nina Mads said...

sedapnyaaa nasi kerabu.. lama betoi tak makan ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ betol lya bila aktif ig ramai tinggalkan blog tp blog boleh simpan cerita dan memori dr ig hanya gambar

aryan azra said...

jangan dengan ig je lya, akak nak baca blog, akak jarang dekat ig tu hehehe

magie chesse sedapnya..view pun cantik

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) fasyafrinatraveltales (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)