Tuesday, May 23, 2017

Positif

Assalammuaikum & Salam Sejahtera

Entri ni saya dah draft awal-awal, cuma saya autopublish. Mungkin pada saat dan ketika ini saya bersedia untuk masuk dalam dewan bedah. Sepatutnya dah 2 minggu yang lepas, tapi masa tu saya demam teruk jadi terpaksa postpone. Kali ni saya harus lakukan satu prosedur untuk ambil sampel sel dalam perut. Doakan semoga dipermudahkan untuk saya. In shaa Allah, kalau tak ada apa-apa yang buruk berlaku sepanjang prosedur tu selepas selesai dan stabil boleh balik rumah terus untuk berehat.

Positif. Yer, itulah yang saya terapkan dalam diri yang membolehkan saya terus survive hingga kini. Dulu, sebelum aura positif menyerap dalam jiwa...hidup saya sangat terumbang-ambing. Dengan kesedihan yang tak berkesudahan ( kalau tengok balik n3 lama 2009-2012) . Dulu tak pandai handle emosi.. Ikut sangat rasa sakit tu. Sampailah akhir tahun 2012, selepas keluar ICU.. Masa tu saya menangis ajer.. Hampir letak jawatan. Tapi suami la berusaha bagi semangat dan bawa berubat banyak tempat. Bermula dari situ...saya berazam nak jalani kehidupan normal n sempurna. Sebab saya amat sayangkan kehidupan saya.. Terutamanya Fasya, betapa banyak masa saya tertinggal untuk dia (sebab selalu dalam wad).

 Satu persatu saya tempuh. Tapi...susah sebenarnya nak melaluinya.. percayalah...apabila kita mula positif...yang datang dalam kehidupan pasti yang baik dan positif. Buktinya...apa yang saya lalui sekarang. Walaupun baru 2 tahun dapat menikmatinya.. Tapi saya amat bersyukur. Dulu saya tak dapat memasak..jalan-jalan jauh dan habiskan masa dengan keluarga. Alhamdulillah, sekarang saya dapat nikmatinya. Walaupun hakikatnya saya masih bertarung dan terlalu penat dengan segala prosedur rawatan yang harus saya lalui .. Tapi...semuanya saya dah tak fikir. Yang pasti, saya cuma ingin menikmati hidup sebaiknya. Positif & lalui dengan tabah.. Alhamdulillah..mampu tersenyum 😊😀.

Macam biasa... Ada sokmo pic random. Suka snap pic dari dulu..esp gambar anak lah..
Jadi haruslah simpan kenangan kat sini.

Ni akhir bulan 3 atau awal bulan 4 aritu.
Jumpe set retis dan sek mungggg.

Siapa layan pangako sayo.. Haha.. Mama+ Fasya sama terjerebak dengan Yna dan Angelo. Ni pengaruhan Amor Power lah ni rambut pendek macam ni. Minat betul dengan Amor Power. Tapi cun la plok rambut gini..kemas jer.. Faktor potong rambut, sebab dah bertudung..senang nak urus.

Ni time sales PADINi 4 hari aritu. Serius mak tak tahu. Kebetulan pergi tu tengok..mak aihhh..ramainya. Masing-masibg shopim kemain banyak angkut. Shopping raya kot...memang berbaloi lah sebab harga murah. Ni kes papa Fasya lah ada berkenan baju tu.. Beratur hampit 2jam tuh... 

Papa ajak ambil gambar semata sebab nak tukar Profile Pic Whatsapp dia. Ala parokkk papa.. Ahaha.. Ni kes anak lah tegur papa " sampai hati letak gambo papa dgn mama je..papa memang x sayang adik".. Hahaha.. Jeles sokmo kalau mama dengan papa jer.. Tapi pic ni buat muka mama nampak bam bam sangat. 

Last weekend... Macam biasa OOTD dulu lah.

Sweet sangat tengok gelagat papa dan anak. Saya snap curi-curi ni. Rasa tersentuh hati. Memang Fasya anak papa sangat. Dari kecil, memang papa dia yang banyak uruskan. Tp syukurlah, at least kalau apa-apa berlaku saya tahu...papa dapat jaga dia sebaiknya.. In shaa Allah.

Terapi..... Saya suka deko. Rasa seronok sangat. Siap ada tabung deko. Setiap bulan mesti akan simpan rm10-rm20.. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Duit tu, hanya akan guna kalau saya nak beli barang deko yang saya nak. Jadi tak ganggu duit gaji. Selain tabung deko, saya ada juga tabung cuti-cuti Malaysia..

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

Monday, May 22, 2017

Minggu Peperiksaan

Assalammuaikum & Salam Sejahtera

Pejam celik..pejam celik lagi beberapa hari lagi nak menyambut ketibaan Ramadhan kan. Cepat sungguh masa berlalu. Kebetulan cuti penggal sekolah jatuh bulan puasa.

Sekarang ni , budak-budak sedang hadapi minggu peperiksaan. Sama juga dengan Fasya. Aihh...sekejap jer awak besar. Dah 9tahun pom. Rasa tak puas lagi nak jaga awak masa baby. Yelah, waktu Fasya membesar dulu banyak kena tinggal sebab mama keluar masuk hosp/icu.

Tentang persediaan menghadapi peperiksaan, macam biasa saya akan print kertas soalan dari internet. Saya tak adalah push..cuma sekadar refresh dan teman dia study bersama. Study pom just jawab paper yang saya print tu lah. Saya benarkan dia cari jawapan dalam buku teks, sebab tu cara nak suh dia membaca dan mengingati. Berkaitan result, saya tak pernah push ..tak pernah letak syarat dia mesti dapat A ( tapi... Tipu lah kalau kita tak harap kan..). Cuma, buat masa sekarang saya ingin peningkatan dalam result exam dia. Dan setiap A yang dia dapat semestinya ada imbuhan. Dan paling penting, saya tekankan result dia mesti lulus.. Alhamdulillah, selama bersekolah ni dia tak ada gagal lagi . Pelajaran zaman sekarang tak boleh nak enjoy macam zaman kita dulu. Kalau ketinggalan habis. Silibus zaman sekarang pom bukan main mencabar. Mama sendiri stress fikir jawapan. Haha.

Last day berbaju taekwando.
Dah nak naik blue belt...akhirnya terpaksa undurkan diri. Pic ni sebenarnya mama join conter roller coaster jacknjill kat IG. 

My cute little princess.
Time ni ponteng sekolah sebab ikut mama ke Hosp KTN untuk checkup mama.

Rehat sebentar...

Menang tempat ke-2 pertandingan mewarna darjah 3. Frust Fasya, sebab time ni dia cuti sekolah ikut mama gi hospital. Dah la dia teringin sangat naik pentas ambil hadiah. Takpelah..in shaa Allah, ada rezeki leh naik pentas lagi.

Selain mama sibuk berdating dengan doc.. Fasya pom nak juga dating dengan doc. Dah jadi rutin bulanan utk Fasya jumpa pakar juga bagi masalah Asthma & heartbeat laju. 

Lepas jumpa doc..kita wefie.. 
Takpelah dik, kita sama-sama berjuang sebagaimana kita sama-sama berjuang waktu mama koma & asya dalam perut mama. Senyum sokmo😊😀

Pengubat hati mama.. Walaupun kadang leh buatkan mama jadi rimau jugak.. Tapi mama sayang awak banyakkkk sangat ! Moga mama sempat tengok awak membesar.

Halal la kalo ada typo...menaip guna HP memang lah..Haha.
 Sebelum tidur sempat lagi update ni.

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

Sunday, May 21, 2017

Makan Luar

Assalammuaikum & Salam Sejahtera

Terlebih rajin pulak nak update. Bukan apa, banyak sangat pic dalam HP ni. Nak delete semua sayang. Jadi simpan kenangan kat sini. Kadagang-kadagg, bila kurang sihat sangat, memang pilih untuk makan kat luar jer. Nak masak tak larat. Tapi kadang makan, separuh nasi pom tak dapat habiskan. Hari elok, boleh je habiskan... Tapi tiap kali makan memang req nasi separuh jer, sebab kurang selera makan & kadang-kadang bukan tak nak makan, cuma sakit sangat. Bila makanan masuk, sakit teramat..Terus terpaksa stop makan walaupon lapar. Takpelah, ujian. So yang dapat nikmat makan & kesihatan hargai sebaiknya...

Warung Kak Ha Pok Clamp, Kuala Kemaman
Salah satu tempat feberet saya kat sini.
Masakan dia memang menjadi & sedap.

Bukan senang nak bergambar berdua..

Macam biasa..inilah makanan dia... hehehe

Tiap kali order ikan siakap..Mesti suh masak dua jenis camni. Bahagian kepala memang febret saya & bahagian ekor memang feberer papa Fasya. Saya lak suka masak stim (time xde selera..hirup kuah segar jer). Papa lak mmg suka masak 3 rasa.. Jadi adil dan saksama.hehe. Cas harga tetap utk seekor ikan.

Restoran Terapung, Bukit Kuang
Dulu-dulu tempat ni romantiklah..makan atas sungai disinari lampu neon romantik gittu.. Hehe.

OOTD dulu lah... Ngeh ngeh

Pic anak dara mama. Leh tengok ikan dalam sangkar tepi tu.

Makan ni jer.... Kalo tomyam + telur dadar tak pernah bosan. Mulut ni asyik nak makan masam-masam jer. Haha

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

Wednesday, May 17, 2017

Krim By Kula Cakes

Assalammuaikum & Salam Sejahtera

Gali punya gali jumpa entri ni kat draft.. Ya ampun, dari bulan 1 dulu..tapi lupa nak publish.. Hehe.. Eh, banyak giler rupanya entri kat draft, tapi tak publish pom. Adeh... Rasanya Kula Cakes sangat terkenal dengan Manggo Cheese Cakenya yang super duper sedap. Ni salah satu lagi cabang Kula Cakes, iaitu KRIM yang merupakan cafe berasakan aiskrim homemade. Saya nak cuba ni memang kena tengok keadaan Fasya betul-betul OK, baru boleh bagi dia makan aiskrim. Tapi sikit je pom dia makan. Sekadar lepas hajat dia. Hehe.

Lokasi & lain-lain detail leh check kat IG : KRIM
Tak reti nak bagi plan lokasi. Hehe

Depan kafe.. Cantik.

Tudia.... Fasya punya. Topping tu boleh tambah sendiri. Macam-macam ada,.

Papa ambil biscuit sandwich ke apa nama ntah.. Lupa dah.
Tapi kat luar, agak besar ni... Mama??? Ambik yang Fasya sikit & yang papa sikit. Sekadar merasa. mama kureng sikit aiskrim ni,

3 of us...

OOTD dulu...
sebelum bertolak.. hehe

Nah hadiahnya... Padahal makan sikit sangat tu.
Maybe aiskrim sejuk dan makan dalam aircond kot.
Seba salah kan?? Bila tak bagi..anak merayu-rayu rasa kesian sangat.
Bila dah bagi..macam ni pulok jadinya...

Last... hari mama kerja ikut mama gi opis.

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

Tuesday, May 16, 2017

Projek Hadiah Hari Guru 2017

Assalammuaikum & Salam Sejahtera

Sejak Fasya dah sekolah ni, memang rutin setiap tahun nak kena fikir hadiah apa nak bagi pada cikgu. Macam biasa, saya suka bagi sesuatu yang boleh digunakan sebagai hadiah. Kalau last year bagi brooch untuk cikgu prerempuan & set pen untuk cikgu lelaki. Tahun ni pon still sama, bagi set pen paper mate + note book. Kalau ikut perancangan awal nak buat ala-ala bouquet tu. Tapi disebabkan last minute, packing dalam paper bag biasa jer. Hahaha. Nasiblah nak... mama ingatkan minggu depan..rupanya minggu ni dah.. 
Packing simple jer...

Untuk membezakan hadiah nak bagi pada cikgu lelaki & wanita.
Padahal hadial sama jer... Cuma warna je lah.. Fasya lah, suh buat macam ni jugak, Haha

Isi dalamnya just set pen Paper Mate + Note Pad.
Bagi sesuatu yang berguna untuk cikgu.

Kad yang Fasya D.I.Y sendiri.

Penuh semangat tu..
Hehe,,hari ni ada sambutan hari guru kat sekolah.
Sempat selfie pagi dengan mama...

Tetiba dapat idea nak mengayat macam ni.
Haha. Tampal kat paperbag tu.

Last but not least,
Selamat Hari Guru Buat Semua Warga Pendidik.
Terima Kasih Atas Segala Curahan Ilmu Yang Diberikan.
Semoga Terus Berkhidmat Dengan Cemerlang & Terbilan.

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

Sunday, May 14, 2017

Throwback : Cuti Tenggelam Timbul😆

Assalammuaikum & Salam Sejahtera

Hai....muncul kembali. Tahun 2017 ni rasa cepat sangat berlalu. Sekarang dah nak pertengahan tahun pom. Kira-kira 2minggu lagi akan bertemu Ramadhan. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa. Persiapan raya...bab baju sedondon raya pertama dah settle walau ada kisah tragis disebaliknya. Hahaha.. Cuma bab baju kasual untuk Fasya jer, ntah bila nak pergi mencarinya. Ingatkan nak settle sebelum puasa, tapi... dah tak ada masa nak cari. Kebetulan pergi kat outlet padini+brands outlet kuantan ...kesemuanya stok lama . Maybe stok untuk raya tak masuk lagi. Konon nak ke Kolumpurrr...banyak pilihan kan. Tapi papa kata, kalo setakat nak pergi beli 2-3lai untuk anak tak berbaloi😂😂😂. 

Oklah...just nak throwback kisah bulan lepas.. Time ni Terengganu dapat cuti umum berselang seli. Bertabahlah orang ganu wehhh.. Kalo banyak lagi cuti tahunan...confirm ambik direct..puas hati..

21.04.17 : Weekend
22.04.17 : Weekend
23.04.17 : Kerja
24.04.17 : Cuti Pertabalan Agong
25.04.17 : Kerja
26.04.17 : Cuti Keputeraan Sultan Terengganu
27.04.17 : Kerja
28.04.17 : Weekend

21.04.17
Aktiviti hujung minggu. Rutin biasa menguruskan kerja rumah.. Memasak dll. Selepas solat Jumaat plan ke Kuantan. Pagi tu sempatlah settlekan apa yang patut.

Jarang-jarang sekali buat breakfast. Kadang-kadang tu terus masak lauk pauk. Cuba buat spagheti goreng.. Sedap jugak.. Cara buat macam goreng mee jer.

Laundry time...
Kerja non stop ni..

Otw ke Kuantan singgah Club Med Cherating atas urusan kerja papa Fasya. Tempat ni private, nak masuk memang payah yang amat. Masuk ke kawasan ni, memang wowwww.. Rasa macam bukan kat Malaysia + pantai cun giler.. Ni pom sempat snap laju², tu tak nampak sangat view dia.. Kalo guard nampak, kang kena maroh😆😆.

Muaaahhhh...

Sebab belum makan nasi, sampai Kuantan isi perut dulu. Lepas tu terus tawaf mall..

Last part, wajib masuk kedai2 yang jual barang deko/bunga².. Kadang tak beli pom...tapi sejenis penyakit..dapat cuci mata pom best.. Terapi diri... Haha

22.04.17
Sebab Jumaat tu dah berjalan, jadi Sabtu kita perabis masa kat rumah jer.. Kemas rumah dan segala mak nenek kerja la..sedar-sedar dah malam..

Sempatlah masak lauk lunch.. 1st time ni masak rendang ayam.. Guna perencah segera adabi.. Tapi tak letak kerisik, sebab memang tak de kat rumah. 

Kemas bilik fasya... Sebenarnya, bahagian hujung katil tu asalnya ruangan meja tulis fasya dulu. Tapi sejak dah beralih kedudukan shelf tu tak alih-alih lagi sebab kebuzian papa.

24.04.17
Keluar pagi...ambil tok ma Fasya dan breakfast sama-sama.

Balik tu, ketung-ketang kat dapur.. 
Kali ke-2 masak sotong stim..
Memang terbaiklah...

Papa lak settlekan bilik Fasya. 
Finally beralih juga wall shelf tu pada tempat sepatutnya.

Petang tu just lepak tepi pantai.. Pekena coconut shake, pisang cheese kesukaan Fasya & sotong celup tepung fevret papa Fasya.

Sebelah malam tu, pasang langsir. Hampir 2tahun duk rumah sendiri baru ada langsir sendiri. Haha. Sebelum ni pakai langsir pemberian mak mertua jer.. Nak suruh papa pasang bulan puasa ni, tapi tak menyempat plok papa nih😅😅.

Kain langsir ni beli kat Gio Mall saje. Sampai situ, terus jatuh hati dengan kaler pastel ni. Tak pandang lain dah.

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (73) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)