Thursday, May 4, 2017

Bukit Gambang Safari Park

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Ya Allah, makin lemau nak update sini. Rindu...tapi kekangan masa & kesihatan yang tak seberapa OK. Sepatutnya 2hb baru-baru ni saya harus jalani satu prosedur rawatan kat hospital. Tapi postpone sebab demam...hingga sekarang masih belum pulih. Minggu ni plok nak gerak ke Kelantan. Serius eksited sangat, sebab kali pertama kali nak jejak kaki kat Kelate ni. Pernah sampai zaman-zaman kecil dulu jer. Harap kesihatan maintan jer.. Tujuan kesana sebab papa Fasya ada kursus..so alang-alang follow lah sekali. Oklah, alang-alang update nak simpan kenangan ke Gambang Safari Park baru-baru ni. Saya ke sini pom urusan kerja saya, alang-alang sampai terus bawa Fasya pusing...

27.04.2017 : Cuti Pertabalan Sultan Terengganu
Pintu gerbang Bukit Gambang Resort City.
.
.
.
Saya copy paste caption kat ig jer... Tak larat nak karang ayat😂😂😂
.
.
.

Family bonding👨👩👧 .
Plan ke sini cuti sekolah bulan 3 baru ni lepas tak jadi panjat bukit kutip stoberi. Tapi faktor kesihatan masa tu 2-2 x jadi😐Kebetulan cuti umum kelmarin, bawa dia tengok minatang kat safari ni.. Just masuk Wild Savannah jer sebab penat + lewat. Masa start boleh masuk bermula pukul 12.30t/hari.Dalam safari tu, xleh ambil gambo molek², sbb dalam tramp kan, ramai orang. Boleh tgk live pak belang, singa, cheetah & banyak lagi... Makhluk ni berlegar-legar tepi tramp jer.. Seriauuuu mak! Pastikan tingkap tertutup rapat.. Kalau tak.... Ada kena ngapppp kan😖😖. Perjalanan dalam Wild Savannah tu kira² 45min jugak... Agak advanture. Nak masuk water park , keadaan Fasya tak seberapa ok(ada bunga² lelah.. Tp baju utk mandi-manda dh siap bawak tu). Lagi pom dah lewat, memang tak sempat. Untuk kepuasan & xnak membazir sila spend masa 1hari utk Safari saje, sebab pakej Safari ni complete Wild Savannah + night show +animals show+tarzan show dan 1hari untuk waterpark. Bila ambik pakej safari+waterpark akan dapat harga lagi murah. Kt org tak tunggu pom sampai ke malam, keluar Wild Savannah terus blah.. Dah pukul 3pm masa tu. Tu pom dah happy sangat anak dara ni. Untuk kepuasan maksimum & xnak penat, kena stay 1malam kat hotel gambang ni. Xpe, ada rezeki kita ke sini lagi tgu smpai ke malam. Kali ni xleh nak stay, sbb arini dah sekolah & mamapapa kerja. Rugi bayor tiket mahal-mahal, tapi masuk satu ni jer... Hahahaha😅
.
.
.
Hari & waktu operasi..

Harga tiket untuk water park & safari park

Aktiviti menarik kat Safari Park. 
Memang kena spend 1 hari, baru puas hati.

Sebelum tu...share sikit lawatan ke Arabian Bay Resort, Gambang. Kolam dia memang cun dah... Dari hotel ni, kita just inform guard kat situ untuk panggilkan tramp yang akan bawa kita ke Safari & Waterpark. Kalo jalan kaki jauh jugak masuk yer.. Atau, boleh je drive kereta

Waktu safari beroperasi bermula pukul 12.30pm. So , lama juga tunggu time ni.. Sementara..kita snap-snap. Banyak lagi pic lain.. Tapi malas nak masukkan semua..

Yang ni perjalanan ke Simba Hill.. 

Apa yang menarik kat sini?? Kat sini kita boleh menikmatinhidangan berlatarkan permandangan singa putih yang berkeliaran.. Memang seriauuuuu bila pak singa tu merenung kita..

Permandangan dari Simba Hill, boleh tengok waterpark kat bawah tu..

Simba gift shop

 
Kat sini antara xtvt paling best kat Safari ni.. Masuk ke wild savannah.. Sebelum tu, kena tunggu tramp dekat flatform 4 atau dipanggil Eagle Point kalo tak silap lah.

Sementara menunggu. Kita snap-snap dulu.

Eksitednya dia nak tengik animals.. Memang mencabar jugak masuk sini. Perjalanan round dalam ni kira-kira 45min. Ada guide yang akan bagi penerangan setiap point berhenti tu. Memang menarik..esp time masuk kandang rimau, singa, cheetah... Tapi susah nak ambik gambar. Sebab jalan tak rata. Tapi ingat, pastikab tingkap tertutup rapat..sebab binatang ni berkeliaran jer.. Masa tramp masuk kawasan singa..  Seriau perut mak, bila dia datang ke arah tramp.. Adehhh..kecut perut.

Ni jer yang paling elok...
Sebelah kiri tu, badak air..  Sebelah kanan anak gajah.
Sepatutnya selepas keluar wild savannah ni, kembali ke flatform4, banyak lagi axtiviti menarik. Boleh refer aktiviti safari dekat jadual atas. 

Kita keluar dari situ dalam pukul 3pm++ jugak. Terus ke bandar Kuantan...jalan-jalan cari makan.

Last but not least... Cuba nasib join contest yang dianjurkan Mr Diy kat IG. Hadiah lumayan... Manatahu rezeki kan??? Dahsyat wehhh...ketagih betul join contest ig walaupon tak pernah menang lagi. Sampai buka acc ig semata untuk join contest. Haha. Takpelah..manatahu suatu hari nanti ada rezeki kan??

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

12 comments:

mama tisya said...

dlu2 pegi tisya kecik lg..belum ada lg safari park ni..mmg sakan mandi manda kami dlu

E'in said...

tak pegi mandi kat theme park die ke? hihi..

take care lya.. semoga cepat sembuh ye..

amirah said...

tak mandi ek kat situ liya...tp safari dia pun mcm best kan..tak pernh pegi gambang lg...

PAk RUDI DI SEMARANG said...

Assalamualaikum wr.wb mohon maaf kepada teman teman jika postingan saya mengganggu anda namun apa yang saya tulis ini adalah kisah nyata dari saya dan kini saya sangat berterimah kasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala atas bantuan pesugihan putihnya tampa tumbal yang sebesar 15m kini kehidupa saya bersama keluarga sudah sangat jauh lebih baik dari sebelumnya,,saya sekaran bisa menjalanka usaha saya lagi seperti dahulu dan mudah mudahan usaha saya ini bisa sukses kembali dan bermanfaat juga bagi orang lain,,ini semua berkat bantuan Mbah Rawa Gumpala dan ucapa beliau tidak bisa diragukan lagi,bagi teman teman yang ingin dibantuh seperti saya dengan pesugihan putih bisa anda hubungi di no 085 316 106 111 jangan anda ragu untuk menghubuni beliau karna saya sudah membuktikannya sendiri,karna Mbah tidak sama seperti dukun yang lain yang menghabiskan uang saja dan tidak ada bukti sedankan kalau beliau semuanya terbukti nyata dan sangat dipercay,,ini unkapan kisah nyata dari saya pak Rudi di semarang.Untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Mbah di 🐣PESUGIHAN PUTIH TANPA TUMBAL🐣

umi alya said...

Besar daa Fasya..

Lya sihat ke?

Wa said...

bestnya Fasya jalan-jalan..pandai betul dia berposing..Kalau balik Terengganu ..memang nampak safari ni dari highway...mimpi jelah gamaknya Wa nak datang sini ...Amsyar tu bukannya duduk diam hahahaha...

Fyda Adim said...

wah menarik jgk bukit gambang ni...saya pun dah lama tak join contest lya

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

pernah pergi skali tak tau la bila lagi nak jejak sini

dear anies said...

amboiiii gembiranya fasya...

eh murah je rupanya tiket msk ya... sy igt mahal cm sunway lagoon

Nina Mads said...

boleh tahan juga murah lg dr lost world ipoh heheee..

Nina Mads said...

semoga lya diberi kesihatan yg baik bulan puasa thn ni aminn 😊😊

aryan azra said...

makinbest bukit gambang ni, macam kena pergi je nanti

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (80) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (72) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (24) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)