Monday, May 22, 2017

Minggu Peperiksaan

Assalammuaikum & Salam Sejahtera

Pejam celik..pejam celik lagi beberapa hari lagi nak menyambut ketibaan Ramadhan kan. Cepat sungguh masa berlalu. Kebetulan cuti penggal sekolah jatuh bulan puasa.

Sekarang ni , budak-budak sedang hadapi minggu peperiksaan. Sama juga dengan Fasya. Aihh...sekejap jer awak besar. Dah 9tahun pom. Rasa tak puas lagi nak jaga awak masa baby. Yelah, waktu Fasya membesar dulu banyak kena tinggal sebab mama keluar masuk hosp/icu.

Tentang persediaan menghadapi peperiksaan, macam biasa saya akan print kertas soalan dari internet. Saya tak adalah push..cuma sekadar refresh dan teman dia study bersama. Study pom just jawab paper yang saya print tu lah. Saya benarkan dia cari jawapan dalam buku teks, sebab tu cara nak suh dia membaca dan mengingati. Berkaitan result, saya tak pernah push ..tak pernah letak syarat dia mesti dapat A ( tapi... Tipu lah kalau kita tak harap kan..). Cuma, buat masa sekarang saya ingin peningkatan dalam result exam dia. Dan setiap A yang dia dapat semestinya ada imbuhan. Dan paling penting, saya tekankan result dia mesti lulus.. Alhamdulillah, selama bersekolah ni dia tak ada gagal lagi . Pelajaran zaman sekarang tak boleh nak enjoy macam zaman kita dulu. Kalau ketinggalan habis. Silibus zaman sekarang pom bukan main mencabar. Mama sendiri stress fikir jawapan. Haha.

Last day berbaju taekwando.
Dah nak naik blue belt...akhirnya terpaksa undurkan diri. Pic ni sebenarnya mama join conter roller coaster jacknjill kat IG. 

My cute little princess.
Time ni ponteng sekolah sebab ikut mama ke Hosp KTN untuk checkup mama.

Rehat sebentar...

Menang tempat ke-2 pertandingan mewarna darjah 3. Frust Fasya, sebab time ni dia cuti sekolah ikut mama gi hospital. Dah la dia teringin sangat naik pentas ambil hadiah. Takpelah..in shaa Allah, ada rezeki leh naik pentas lagi.

Selain mama sibuk berdating dengan doc.. Fasya pom nak juga dating dengan doc. Dah jadi rutin bulanan utk Fasya jumpa pakar juga bagi masalah Asthma & heartbeat laju. 

Lepas jumpa doc..kita wefie.. 
Takpelah dik, kita sama-sama berjuang sebagaimana kita sama-sama berjuang waktu mama koma & asya dalam perut mama. Senyum sokmo😊😀

Pengubat hati mama.. Walaupun kadang leh buatkan mama jadi rimau jugak.. Tapi mama sayang awak banyakkkk sangat ! Moga mama sempat tengok awak membesar.

Halal la kalo ada typo...menaip guna HP memang lah..Haha.
 Sebelum tidur sempat lagi update ni.

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

10 comments:

aryan azra said...

memang minggu exam sekarangkan, moga anak2 kita berjaya dalam exam kali ini. Lega rasanya awal puasa dah cuti sekolah 2 minggu balik kerja takdelah sesak sangat nanti hehehe...

InshaAllah...moga Allah panjangkan umur lya, berikan kesihatan yang baik untul lya melihat fasya membesar sebagai anak solehah yang berjaya

mama tisya said...

ank2 nk exam..mak2 riso juga kn..nk2 subject skarang mencabar..sian juga kt anak2

dear anies said...

mggu lps sy tgk ramai mak ayah update psl anak2 nk periksa..

dear anies said...

p/s all the best utk fasya...

lieyalatif said...

anak2 lieya dah abis exam dah lya..tgl sekolah kafa plak nak exam.... lepas tu merdeka cuti sekolah...tahun ni awal bulan puase 2 minggu cuti sekolah kan...dpt le budak2 ni rileks kat umah...

ape2 pun good luck utk fasya ...moga cemerlang dlm exam....

lieya pun ade heartbeat laju lya...tapi kalo hb low le...selalu jadi bile time period ler....tu pasal skrang kene mkn ubat tambah darah selalu....

Liyana Anuar said...

good luck utk exam..moga semua dipermudahkan ye :)

NanyFadhly said...

All the best Fasya! betul tuh Liya. Kita yang grad from Universiti ni pun belum tentu boleh jawab soklan derang. Nany pun selalu stress and marah pada org yang buat soklan tuh. HAHAHAHAHAHHA! KBAT sangat kononya, nak kena SEBAT tuh kot.

Puan Kutu said...

Minggu exam ni mak2 pun stress sama.anak2 esp boy memang buat relex buat peace je.huhu..

Betul tu sy pun tak nak push sgt..tp geram bila Aima relex sgt..klu dia dh usaha dpt result tak elok ibu boleh terima..klu tak usaha dot result teruk memang ibu marah.huhu

hainom OKje said...

Ha a budak budak mmg tgh pereksa. Si kecik yg dah besar dlm rumah ni mcm tak pekse Lya. Leka main piano dlm tab.
Geram nengoknya.

Cantik baju Fasya bawah sekali tu. Mmg tgh musim pattern tu ke?
Anak solehah ni namanya....teman mama

SalbiahM said...

princess comel ada taekwando. jangan main-main. takpelah, nanti ada kesempatan boleh sambung.

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (80) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (72) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (24) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)