Tuesday, May 23, 2017

Positif

Assalammuaikum & Salam Sejahtera

Entri ni saya dah draft awal-awal, cuma saya autopublish. Mungkin pada saat dan ketika ini saya bersedia untuk masuk dalam dewan bedah. Sepatutnya dah 2 minggu yang lepas, tapi masa tu saya demam teruk jadi terpaksa postpone. Kali ni saya harus lakukan satu prosedur untuk ambil sampel sel dalam perut. Doakan semoga dipermudahkan untuk saya. In shaa Allah, kalau tak ada apa-apa yang buruk berlaku sepanjang prosedur tu selepas selesai dan stabil boleh balik rumah terus untuk berehat.

Positif. Yer, itulah yang saya terapkan dalam diri yang membolehkan saya terus survive hingga kini. Dulu, sebelum aura positif menyerap dalam jiwa...hidup saya sangat terumbang-ambing. Dengan kesedihan yang tak berkesudahan ( kalau tengok balik n3 lama 2009-2012) . Dulu tak pandai handle emosi.. Ikut sangat rasa sakit tu. Sampailah akhir tahun 2012, selepas keluar ICU.. Masa tu saya menangis ajer.. Hampir letak jawatan. Tapi suami la berusaha bagi semangat dan bawa berubat banyak tempat. Bermula dari situ...saya berazam nak jalani kehidupan normal n sempurna. Sebab saya amat sayangkan kehidupan saya.. Terutamanya Fasya, betapa banyak masa saya tertinggal untuk dia (sebab selalu dalam wad).

 Satu persatu saya tempuh. Tapi...susah sebenarnya nak melaluinya.. percayalah...apabila kita mula positif...yang datang dalam kehidupan pasti yang baik dan positif. Buktinya...apa yang saya lalui sekarang. Walaupun baru 2 tahun dapat menikmatinya.. Tapi saya amat bersyukur. Dulu saya tak dapat memasak..jalan-jalan jauh dan habiskan masa dengan keluarga. Alhamdulillah, sekarang saya dapat nikmatinya. Walaupun hakikatnya saya masih bertarung dan terlalu penat dengan segala prosedur rawatan yang harus saya lalui .. Tapi...semuanya saya dah tak fikir. Yang pasti, saya cuma ingin menikmati hidup sebaiknya. Positif & lalui dengan tabah.. Alhamdulillah..mampu tersenyum ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜€.

Macam biasa... Ada sokmo pic random. Suka snap pic dari dulu..esp gambar anak lah..
Jadi haruslah simpan kenangan kat sini.

Ni akhir bulan 3 atau awal bulan 4 aritu.
Jumpe set retis dan sek mungggg.

Siapa layan pangako sayo.. Haha.. Mama+ Fasya sama terjerebak dengan Yna dan Angelo. Ni pengaruhan Amor Power lah ni rambut pendek macam ni. Minat betul dengan Amor Power. Tapi cun la plok rambut gini..kemas jer.. Faktor potong rambut, sebab dah bertudung..senang nak urus.

Ni time sales PADINi 4 hari aritu. Serius mak tak tahu. Kebetulan pergi tu tengok..mak aihhh..ramainya. Masing-masibg shopim kemain banyak angkut. Shopping raya kot...memang berbaloi lah sebab harga murah. Ni kes papa Fasya lah ada berkenan baju tu.. Beratur hampit 2jam tuh... 

Papa ajak ambil gambar semata sebab nak tukar Profile Pic Whatsapp dia. Ala parokkk papa.. Ahaha.. Ni kes anak lah tegur papa " sampai hati letak gambo papa dgn mama je..papa memang x sayang adik".. Hahaha.. Jeles sokmo kalau mama dengan papa jer.. Tapi pic ni buat muka mama nampak bam bam sangat. 

Last weekend... Macam biasa OOTD dulu lah.

Sweet sangat tengok gelagat papa dan anak. Saya snap curi-curi ni. Rasa tersentuh hati. Memang Fasya anak papa sangat. Dari kecil, memang papa dia yang banyak uruskan. Tp syukurlah, at least kalau apa-apa berlaku saya tahu...papa dapat jaga dia sebaiknya.. In shaa Allah.

Terapi..... Saya suka deko. Rasa seronok sangat. Siap ada tabung deko. Setiap bulan mesti akan simpan rm10-rm20.. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Duit tu, hanya akan guna kalau saya nak beli barang deko yang saya nak. Jadi tak ganggu duit gaji. Selain tabung deko, saya ada juga tabung cuti-cuti Malaysia..

L.O.V.E❤,
Lya Afrina๐Ÿ‘ฐ

23 comments:

Puan Kutu said...

Semoga dipermudahkan lya..Insyaallah klu positifnresultnya mesti positif..semoga yg terbaik utk lya fasya dan suami..

Tersentuh hati juga pic papa ngan fasya..sukanya lya ada tabung deco n cuti2 malaysia..sy ni nk buat2 tp tak istiqomah.hihi

aryan azra said...

betul lya kita kena positif selalu..akak juga pernah jumpa doktor kata doktor walauapaun sakit kita kena positif, janagn fikir kita sakit asyik terlantar je, bayangkan kita sihat kita dapat buat benda2 yang kita suka, bayangkan yang kita sihat inshaAllah, segalanya akan berjalan mengikut apa yang kita fikir.

Allah akan aturkan hidup kita sebagaimana apa yang kita fikir, macam kalau kita nak ke Mekah, kita minta doa dan bayangkan yang kita berada diMekah, inshaAllah pasti satu hari nanti kita sampai ke sana. itu kata doktor yang akak jumpalah..alhamdulillah sejak itu akak juga tanamkan dalam diri nak berfikir yang positif saja, supaya apa yang datang pada akak semua yang baik2.

panjang pulak komen akak, apapun akak doakan agar lya sentiasa diberi kesihatan yang baik selepas ini dan dapat jalani hari2 dengan gembira. ye lya suka deko2 jadikan itu satu terapi positif utk lya..

Liyana Anuar said...

moga semuanya berjalan lancar ye.. :)

mama tisya said...

Smoga dipermudahkan urusan pembedahan.. Dan berjalan ngan lancar

dear anies said...

apa2 pun semoga segalanya selamat dan dipermudahkan utk lya...

Dalila Zakaria said...

Semoga semua nya betjln lancar dan lya cpt sembuh..amin..

amirah said...

moga baik2 aje liya...insyaAllah positif sentiasa ye dik...aura positif akan beri kesembuhan..insyaAllah

idzwa kamaruddin said...

kenapa kita pulak sebak baca entry nie..

awak kuat..percayalah sebab kalau saya kat tempat awak saya tak sekuat nie..

Chekgu Azrine said...

semoga pembedahan berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan sis ye...

E'in said...

lya, semoga sumenye berjalan dengan lancar.. jage diri ye.. rehat cukup-cukup lepas nie.. :)

hainom OKje said...

Moga Allah permudahkan urusan Lya ye. Insyaallah yg datangnya akan baik baik dan positif sokmo.
Hakak pun suka deko Lya tp tak pandai nak mendeko mcm Lyalah pulok

mamapp said...

Aslm lya.. semoga Allah permudahkan semua urusan lya ye

alia farhan Said said...

Cantik rmah lya

Anis Azalea said...

Semoga awak sihat cepat....๐Ÿ˜ข

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

be strong dan inshallah everything will be okay! deco rumah lya semua nya cantik2 kemas je..nak-nak langsir pastel yang so nice

Norhayati Mohd Isa said...

Semoga lya terus sihat dan diberikan kesembuhan yg segera..
Serta dipermudahkan segala urusan...

Husna Rahman said...

apa khabar kak skrg ni? harap semuanya baik dan sihat2 saje,isnyaallah.

waiting for ur news kak..

tiga lalat said...

sonoknyer., ;p

Ainniah Zulkefli said...

Allahu. Positiviti memang boleh bagi kita kekuatan luar biasa kan. Kagum dgn kekuatan Lya. Allah menguji mengikut kemampuan hamba2Nya.

Semoga Lya kuatcdan diberi kesembuhan dgn segera. Ameeennn..

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

Lya..semoga lya dh kembali sihat ye..tak tau pon lya nak operate ni.lama tk bukak blog n singgah blog kawan2..huhu

Yati said...

Kak Yati baca entri ni dan entri latest tu. Banyaknya yang Lya lalui akhir-akhir ni. Betul, hidup mesti positif. Apa pun yang berlaku, jalan je. Allah kan ada. :)

SalbiahM said...

saya pun pernah buat rambut Amor Powers tu dulu...hehe.lupa nak wish selamat berpuasa kat FAsya. Semoga dia dan mama kekal positif

dear anies said...

alahaiiii anak papa ni ;-) comel

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) H.O.L.I.D.A.Y (30) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) mama+papa+fasya (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) fasyafrinatraveltales (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)