Sunday, May 14, 2017

Throwback : Cuti Tenggelam Timbul😆

Assalammuaikum & Salam Sejahtera

Hai....muncul kembali. Tahun 2017 ni rasa cepat sangat berlalu. Sekarang dah nak pertengahan tahun pom. Kira-kira 2minggu lagi akan bertemu Ramadhan. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa. Persiapan raya...bab baju sedondon raya pertama dah settle walau ada kisah tragis disebaliknya. Hahaha.. Cuma bab baju kasual untuk Fasya jer, ntah bila nak pergi mencarinya. Ingatkan nak settle sebelum puasa, tapi... dah tak ada masa nak cari. Kebetulan pergi kat outlet padini+brands outlet kuantan ...kesemuanya stok lama . Maybe stok untuk raya tak masuk lagi. Konon nak ke Kolumpurrr...banyak pilihan kan. Tapi papa kata, kalo setakat nak pergi beli 2-3lai untuk anak tak berbaloi😂😂😂. 

Oklah...just nak throwback kisah bulan lepas.. Time ni Terengganu dapat cuti umum berselang seli. Bertabahlah orang ganu wehhh.. Kalo banyak lagi cuti tahunan...confirm ambik direct..puas hati..

21.04.17 : Weekend
22.04.17 : Weekend
23.04.17 : Kerja
24.04.17 : Cuti Pertabalan Agong
25.04.17 : Kerja
26.04.17 : Cuti Keputeraan Sultan Terengganu
27.04.17 : Kerja
28.04.17 : Weekend

21.04.17
Aktiviti hujung minggu. Rutin biasa menguruskan kerja rumah.. Memasak dll. Selepas solat Jumaat plan ke Kuantan. Pagi tu sempatlah settlekan apa yang patut.

Jarang-jarang sekali buat breakfast. Kadang-kadang tu terus masak lauk pauk. Cuba buat spagheti goreng.. Sedap jugak.. Cara buat macam goreng mee jer.

Laundry time...
Kerja non stop ni..

Otw ke Kuantan singgah Club Med Cherating atas urusan kerja papa Fasya. Tempat ni private, nak masuk memang payah yang amat. Masuk ke kawasan ni, memang wowwww.. Rasa macam bukan kat Malaysia + pantai cun giler.. Ni pom sempat snap laju², tu tak nampak sangat view dia.. Kalo guard nampak, kang kena maroh😆😆.

Muaaahhhh...

Sebab belum makan nasi, sampai Kuantan isi perut dulu. Lepas tu terus tawaf mall..

Last part, wajib masuk kedai2 yang jual barang deko/bunga².. Kadang tak beli pom...tapi sejenis penyakit..dapat cuci mata pom best.. Terapi diri... Haha

22.04.17
Sebab Jumaat tu dah berjalan, jadi Sabtu kita perabis masa kat rumah jer.. Kemas rumah dan segala mak nenek kerja la..sedar-sedar dah malam..

Sempatlah masak lauk lunch.. 1st time ni masak rendang ayam.. Guna perencah segera adabi.. Tapi tak letak kerisik, sebab memang tak de kat rumah. 

Kemas bilik fasya... Sebenarnya, bahagian hujung katil tu asalnya ruangan meja tulis fasya dulu. Tapi sejak dah beralih kedudukan shelf tu tak alih-alih lagi sebab kebuzian papa.

24.04.17
Keluar pagi...ambil tok ma Fasya dan breakfast sama-sama.

Balik tu, ketung-ketang kat dapur.. 
Kali ke-2 masak sotong stim..
Memang terbaiklah...

Papa lak settlekan bilik Fasya. 
Finally beralih juga wall shelf tu pada tempat sepatutnya.

Petang tu just lepak tepi pantai.. Pekena coconut shake, pisang cheese kesukaan Fasya & sotong celup tepung fevret papa Fasya.

Sebelah malam tu, pasang langsir. Hampir 2tahun duk rumah sendiri baru ada langsir sendiri. Haha. Sebelum ni pakai langsir pemberian mak mertua jer.. Nak suruh papa pasang bulan puasa ni, tapi tak menyempat plok papa nih😅😅.

Kain langsir ni beli kat Gio Mall saje. Sampai situ, terus jatuh hati dengan kaler pastel ni. Tak pandang lain dah.

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

13 comments:

Fyda Adim said...

cantik rumah lya..selalu time cuti macam-macam kerja nak buat. hari tu saya pegi terengganu tapi kejap je..pegi hari jumaat malamnya kol 1lbh pagi. pagi sabtu smpi terengganu..sampai melaka pagi ahad..hehe

mama tisya said...

Syok ganu cuti bersambung22 ye.. Cantik hias umh.. Hah club med tu dpt masuk mmg private la.. Ada tgk kwn pegi sana mmg mcm overseas

Anis Azalea said...

Cantik dan kemas. Sedap mata memandang.

CikNaa said...

semuanya cantik..dari bilik sampai ruangtamu, termasuk makanan sekali..hehe. aduh lamanya tak bw..arini baru sempat..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

aaarrr cantiknya langsir color pastel.... best dah ada rumah sendiri...sy ni nak tunggu setahun lagi ..haish bercinta

amirah said...

eee..cantiknya rumah liya...mehla tunjuk sume...kat laundry area tu..teringin nak tengok...camne nak menten warna putih cerah tu sume...sedap aje mata mandangnya

ezan idma said...

cantiknyaaa rumahhh. suka tengokk

AIN said...

lawa langsir n ruang tamu akak...nanti update lg tau..suka tgk..

dear anies said...

wahhh lya da siap kemas da x sabar nk sambut ramadan yaaa ;-)

Nina Mads said...

lawanyaaa rumah raya ni hehehe... tp skrg padini kualiti baju dh xelok lya kalau kt sini. alahai nk ke kl tu xberbaloi heehe 🤔😊

aryan azra said...

cantiklah deko2 rumah lya, langsir tu memang sweet sangat.

Puan Kutu said...

Lawa sgt deco2 rumah lya tau..selalu ikut kt IG..sy dok kuarters tu mod deco2 tak dtg..entah bila dpt pindah dok rumah sendiri.tunggu pencen la kot klu panjang umur.haha

Owhh lya tnya pasal cadar tu kan queen dah takde..ntilah tggu sy amik yg baru.Insyaallah lepas raya nanti..tggu stok best2 sikit cadar pun tak.selalu ada stok

alia farhan Said said...

Cantiknya bilik anak lya n rumah lya😍

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (73) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)