Wednesday, June 14, 2017

Salam Ramadhan & Ujian Kehidupan

Assalammualikum & Salam Sejahtera

1st, nak ucap selamat berpuasa buat semua… Kira-kira tinggal 10 hari lagi kita di bulan Ramadhan ni.Semoga segala ibadah yang kita lakukan di bulan mulia ini diberkati hendaknya.  Ramadhan tahun ni, banyak sungguh ujian menimpa.. bukan untuk diri sendiri jer, tapi juga dikalangan sahabat dan juga macam-macam berita sedih termasuk melibatkan kehilangan nyawa, kehilangan insan tersayang… Al-fatiha, buat yang telah pergi..semoga rohnya terus dicucuri rahmatNya..Aamin. Apa-apa pun, semoga kita semua terus tabah dan sabar menghadapinya.. Tidak didatangkan kesusahan melainkan kesenangan di kemudian hari.. In shaa Allah.

Lama menyepi kan diri…kerana membawa hati yang lara.. Ewahhhh… Hahaha.. Mana ada lara-laranya.. Cuma sedikit teruji, n3 last sebelum ni saya ada cerita perlu  buat satu prosedur. Tapi tak jangka, berlaku komplikasi waktu tu & terus collapse… Saya koma 4 hari baru-baru ni. Hidup sepenuhnya bergantung pada mesin bantuan hayat. Tapi syukur alhamdulillah..dipanjangkan umur. Memang tak de yang tahu, melainkan yang follow IG saya.. sebab beberapa hari  lepas dah pindah wad biasa dan stabil baru saya update IG. Itu pun sebab ada yang tanya kemana menghilang. Kalo dekat FB, memang saya xde update. Banyak aktif kat IG jer.. hehe.. Pic IG pon saya tak share ke FB dah… sesekali gatal tangan je baru share.

Saya pon baru jer masuk kerja minggu ni. Tapi serius.. mood raya dah merudum bila badan tak sihat ni. Berat pon dah turun hampir 8kg. Tapi.. muka still montel..wakakkaka..Sebab sejenis muka macam tu.. Kalau berat turun, muka maintain.. Tapi part badan, habis semua longgar & meleleh.  Hehe. Tapi takpelah, kuatkan diri demi anak.. Doakan juga semoga saya kuat untuk menghadapi ujian yang bakal saya tempuhi. Sebab bermula kembali episod memenatkan ke hops + ambil darah setiap bulan. Dan, ada sedikit khabar yang menakutkan. Doakan saya kuat dan dipanjangkan umur.. saya nak tengok anak membesar… Huhu. Sedih sangat fikir part ni.

Kronologi:-
Saya just copypaste yang saya update kat IG untuk kenangan kat sini. Tak larat dan tak ada idea nak menaip lagi. Ingat nak share juga pasal sakit saya ni. Tapi takpe lah…. Biar dulu sampai betul-betul bersedia.

23.05.2017
Bismillah....
Semoga dipermudahkan dan dilancarkan segala urusan hari ini. . 👧Kul 6am dah siap berbaju sekolah anak dara ni..Ngigau ke apa😂😂 #mamalovefasyafrina

28.05.2017
Since ada yang DM kemana menghilang..sebenanrnya..ada je ha.. Tu cari kekuatan skit nk coret ni. Cuma sedikit teruji. Mohon maaf sbb x reply semua tu.. Bru je smlm pegang HP. Cuma kesian, sebab fasya tgh exam😢. Xpelah...nak buat mcmana.1st nak ucap...selamat berpuasa buat semua😊😀. .
Subhanallah...Alhamdulillah.. Allahuakbar.. Masih dipanjangkan umur utk meneruskan kehidupan. 4 hari koma & bertarung nyawa dengan sepenuhnya bantuan intubation utk support kehidupan. Apa² pom rasa macam mimpi, kerana masih diberi kesempatan olehNya. Kelmarin baru ok sikit.. Hari ni baru ada kekuatan utk menaip. Terima kasih tidak terhingga buat semua y melawat (sy sendiri xtau x sedar😅), terima kasih atas segala doa & kata semangat. Doakan saya terus kuat... Cepat boleh makan... lapar sangat nih.. Sejak dlm ICU (koma & lps sedar pom) x mkn apa² lagi. Makan yogurt je y boleh.(bibir byk luka teruk + jahitan kat leher lagi😢).Doakan cepat sembuh, sebab #dapurlyaberasap dh rindu kat tuan dia tu😂. Kan x pasal buang habis stok dlm peti tu. TQSM buat semua sahabat! Mana-mana sahabat y turut teruji, mohon terus tabah & sabar. Teruskan menyebut " Ya Latif...Ya Latif.." Moga terasa ringan beban yang dtanggung tu... .till we mee again...in shaa Allah..
 **mohon ampun maaf kalau xreply msg & ig story lg.. ** #lyafrina
Post last sebelum ni, beberapa jam sebelum drop... Bju tu dah lunyai dikerjakan doc😭

Gambar tak upload...Sebab just gambar katil bilik. Haha.
30.05.2017
Dah 4 Ramadhan...Masih begini...Jalan dalam rumah pom tahap semput nak bernafas. Last², terbaring...tengok siling.. Ujian sungguh Ramadhan tahun ni.. Mengingatkan kenangan sebelum² ni...bulan Ramadhan berumah di hosp. Cuma 2 tahun ni Allah SWT betul2 bagi nikmat & peluang. Kali ni, sekali lagi teruji..tapi takpelah , dulu lagi teruk..cuma beza, sekarang sedih.sebab anak besar..mesti harap nak makan berbuka yang mama dia masak. .

Yer...apa y berlaku ni silap diri sendiri juga. Dah 2-3 thn eksperimen diri lah sgt (Pnh coret kat blog dulu). Faktor utama, sbb sy skip ubat yang patut saya telan setiap hari hampir 15biji (3x sehari ) untuk SEUMUR HIDUP(telan sjk 2003). Kata doc, mmg bahaya sy berhenti mengejut..tapi doc, dah 2 thn sy buat kerja ni😂. Tgk..sy dpt nikmati hidup saya... Dpt masak🍴..jalan2🌁 dapat Melawo💅 dan byk sgt perkara. Dan, faktor utama saya tak mkn ubat, sebab kerja.Apa pilihan yang kita ada?? Sy selalu tawakal..mohon dipermudahkan . Effect mkn ubat tu teruk sgt. Macam mana saya nk kerja? .
Tp..last month, doc dh bg warning..akibat perbuatan sy ni..blh bg effect sgt besar.. Tapi, saya selalu yakin pada diri sendiri n pada saya Allah SWT menentukan segalanya.. Tp, itulah..perancangan Allah SWT, apa y terjadi ni saya anggap teguran. Maybe 2 thn saya dapat kehidupan.... Saya sediri "laroooo".. .

Faktor utama sekarang, sebab saya ada anak sdg membesar.Walau dah banyak kali kena mcm ni.. Tipulah tak trauma. Sebab hidup bergantung pd mesin intubation semata. Otak boleh mati dan kalau saya tak kuat semangat dan cuba lawan ntah...saya dah tiada kot. Tiap kali koma, selalu dgr ayat ni sebelum tidur balik " adik...lawan...cuba bwrnafas sendiri".. Itu maknanya...ada potensi utk cabut alat bantuan pernafasan..bila di bawah paras 50/50 tu, bila dicabut.. Innalillah. Tp bila melepasi paras 80 kot, in shaa Allah masih ada sinar. Tp, sy ada beberapa kali dgr doc sebut suh cuba bernafas sendri walau tak sedar, yang mampu hanya sebut dalam hati " Ya Latif..Ya Latif..Ya Latiff"... Ehhh.Ter-emo plok. I is tak suka melepas perasaan sedih dalam IG (cukuplah org tgk y happy2 jer. Dan cukuplah blog sahaja sahabat utk meluahkan segalanya). Sori😖😖😖. #villafasyafrina

Kesayangan mamapapa duniakhirat. Sedih dengar luahan hati seorang anak. Alahai anak, mama kuat kerana kamu.. Kaki report kat papa dia nih... " papa..mama x makan ubat"... " papa...mama buat itu la..." "papa...mama buat ni lah"... Mama baru pegang penyapu dah kena bebel. Nanti bila kamu besar & jd seorang ibu kamu akan faham.. Walau tak sihat macamana pun, selagi gagah...kamu tetap takleh duk diam..ade je kerja nak buat.. Dan, bila melibatkan anak...automatik kuasa tu datang💪.
.
Ok.... Mama promise... Start minggu depan kita masak sama-sama yer🍴. Dapur mama pom rindu nak berasap-asap ni💨💨💨 #fasyafrina

31.05.2017
Janggok molek doh mama mung arini😂. Bahagian jalan laju.. Tp...bukan jalan kemana pom.. menuju ke jalan yang benar jer😂😂.. Ke rumah sakit 🏨jumpa pak doctor💉💊. App arini mmg wajib pergi sebab penting. Nak senyum mewek😊 banyak xleh, sakit lagi.. Luka kat bibir tu..kesan plaster² + wayar dia sampai koyak kulit haa😢.Habis hitam bibir merah ku👄. #mamalovefasyafrina . **effect camera lening, leh sorok segala lebam dan luka di bibir.**


01.06.2017
6 Ramadhan 1438H : Alhamdulillah... Makin sihat & kuat💪. Timbang kat spital kelmarin 5kg lost. Still x leh nak makan lagi..makan 🍌 je ganti tenaga. (ehh..tp sy dh pose ye. Time berbuka la.. ) Kelmarin doc bg cerita seram jer tapi dapat doc best jadi harapnya endingnya best la. Tqsm atas segala kata semangat dari sahabat semua walau ada yang baru kenal. Mostly geng deco & geng blogger ! .
Kronologi 23.05.17 : Sy ada update ig pg tu mcm biasa jer. Sebab selama ni, setiap kali warded/operate/buat treatment apa pun mmg sy x share. Bila tergatal je share. Kdg share sipih2 kat IG story je la.(Bkn smua tgk kan). Pic pertama tu, pg kejadian.. Sebelum tu saya pakai baju lain.. Last minute, sy salin bju ksayangan sy ni..fasya pom tu kemain awl bersiap..siap ajak mama selfie. Htr dia sek, sy siap naik kelas...peluk dia puas².. Selama ni htr luar pgr, x pernah naik kelas. Lepas tu, papa trs htr mama ke hosp utk rawatan prosedur tu.. Ada pic² waktu menunggu dag dig dug up kt ig story. Haha. Tgh prosedur tu berjalan...saya collapse.. (dlm tempoh sedar x sedar tu...di awangan dan cukup menyakitkan) & trs tak sedar diri dan koma😢. Scary !! Paling sedih ank tgh exam.. Esk tu pegi sek(mama dah koma dlm icu), papa kata pakai baju x ber-iron ( sedihnya😢😢). Biasa mmg sy gosok siap utk seminggu. 
Dan pic last tu paling win😅😅. Itu baju yang saya pakai hari terserbut.sampai hati doc, lunyai pulangkan n si suami siap basuh, bini balik rumah tu y pertama dia tunjuk😅. Tp serius terkilan sgt..sbb sy syg sgt baju tu. Nyesal sbb apa lah g salin balik pakai bju ni. Baju murah je pom.. 29hengget jer.. Tapi kalo dah sayang kan.. Ttp syg ! Tp, si suami janji nak ganti baju kaler hitam tu. Nak cari mane wehh? Tp, xpela..apalah nilai baju berbanding nyawakan? Alhamdulillah..dipanjangkan umur.
#lyafrina 💁
#fighting 🙅

03.06.2017
#dapurlyaberasap akhirnya💨💨.🐠kerapu 3rasa untuk papa👨 🐟selayang stim limau utk mama👩 🍗goreng upinipin untuk fasya 👧(papa tgh goreng tu...) .
Sebelum ni kita org berbuka apa?? Klo time tak berbuka rumah mama saya, Papa+fasya berbuka roti jer dulu...lps maghrib baru keluar kedai cari nasi.. Saya just bbuka dgn yogurt + pisang gitu jer. Tp paksa gak makan nasi walau x sampai sesenduk utk alas perut. Still sakit nak menelan, xleh makan pedas lagi (kesan intubate) & tak ada selera😣. Nak start memasak dah ni. Rinduuuuu sgt! Tapi tulah.. Memang semput & tak cukup nafas rasanya. Mohon kuat demi suami n anak tercinta😘 .
Agaklah...raya nanti brape kg tinggal?? Pinggang 🐜 la pakai kebaya😂😂😂

09.06.2017
Baru jenguk dunia luar💃💃 .
Selamat berbuka....🍴 #mamapapafasyafrinamakang

Syukurlah sekarang makin sembuh. Harapnya raya nanti sihat sepenuhnya. Sekarang still semput bila bercakap dan banyak buat kerja. Tapi serba dah biasa, bleh jer buat sesuatu macam biasa. Cuma bila tahap rasa nak pitam sangat or semput, stop lah sekejap. Saya pom dah start memasak menu simple-simple. Cuma hari tak larat sangat berbuka rumah mama atau beli kedai jer. Saya pom jenis tak ikut badan sangat, selagi gagah buat je.. Cuma kalo tahap tak mampu..memang tak paksa, kan jadi lain. Lepas ni banyak sangat app. bakal menyusul. Bulan ni saje dah berapa.. Last 23hb ni untuk ambil darah. Lepas tu bersambung bulan July ni dah ada beberapa tarikh yang dapat. Huhu. Penat kot. Kembali kepada rutin lama.. Tapi xpelah, untuk kebaikan.. semuanya demi anak..Demi nak lihat dia membesar. 

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

18 comments:

mama tisya said...

bykkn rehat...smoga cpt baik sebelum raya...dugaan utk lya tp masih juga bole berasap dapur tu

Fyda Adim said...

Saya tak tahu pun Lya sakit. Hari tu balas pm Lya baru sedarlah ye. Allahuakbar...Selalu kat IG bila nampak post yang lalu barulah tahunya. Saya harap Lya sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Sedih part nak tengok anak membesar. Yang tak sakit pun selalu berdoa biarlah diberi peluang untuk melihat anak-anak membesar. Ajal bila-bila masa aje boleh datang menjemput tak kiralah sakit atau pun tidak. Sedihlah pulak. Bergenang dah air mata. Semoga kita mak-mak sentiasa sihat. Amin

Anis Azalea said...

Semoga Allah memanjangkan umur Lya untuk lihat anak membesar dengan sihat.

Dalila Zakaria said...

Sy doakan yg baik2 utk Lya dan keluarga..
Tabahnya menghadapi ujian..
Tuhan uji semampu kita..

Yati said...

Lya sekarang pekaba? Kak Yati doakan Lya diberi kekuatan olehNya untuk hadapi semua ni. You got this! Lamanya tak melawat blog Lya. :)

Lynda Che Lah said...

Terus kuat Lya
Terus tabah.
Doa Lynda semoga diberi segala kesihatan dan kesembuhan.

SalbiahM said...

Allahu..memang tak tahu pasal ni Lya, sebab takde IG. Semoga Lya tabah ye. Tu saja yang saya mampu cakap. Semoga diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan. Sekurangnya ada keluarga di sisi. Selamat berpuasa n sihat untuk beribadah dan berhari raya nanti

Siti Asiah said...

bleh asiah tau nama ig lya

lieyalatif said...

Allahuakbar...tak tau lya sakit balik.... kuat semangat lya...sgt2 kuat...mmg lieya kagum...harap lya terus kuat demi anak dan suami... in sha Allah raya nanti dah hepi2 dgn keluarga...ape2 pun jaga diri ye lya...utamakan kesihatan dulu...ubat tu jgn le skip mendadak...takut lieya bace...ape2 pun byk2 doa ...kami kawan2 tak putus doakan kesihatan lya....

aziekz said...

Alhamdulilah..
Semoga tabah dan sihat selalu..dan dalam.lindungan ALLAH S.W.T..

kayyana said...

take care lya.. semoga awak sentiasa sihat dan diberikan kekuatan untuk terus berjuang.. jangan pernah beralah ya.

mamapp said...

Semoga lya cepat sihat. Mama tau lya kuat.. semoga Allah berikan kesihatan yg berpanjangan

E'in said...

semoga terus kuat lya.. jangan putus asa!

selamat menyambut bulan ramadhan buat lya sekeluarga..

AnneRaini said...

Besarnya dugaan lya.. semoga lya tabah.

SalbiahM said...

kuatkan semangat lya..demi Fasya dan keluarga.harap terus kuat.maybe dah selalu dengar ni, tapi memang Allah uji hamba-hamba yang terpilih.semoga redha dan ada balasan yang baik atas kesabaran. Inshaallah

nini said...

Ya Allah kak...plz...jangan buat mcm ni lagi...sedih sgt baca entry ni even kita tak pernah kenal....im feel ur doter....

hainom OKje said...

Beratnya dugaan awak Lya... Hakak doakan moga awak semakin sihat dan sentiasa sihat ye.

Allah...memang satu nikmat namanya tu Lya, dapat bersama kembali dengan insan tersayang. Lepas ni dah tak payah nak skip skip ubat tau

dear anies said...

sihat itu nikmat sakit itu pun nikmat kerana di dalamnya akan terhapus dosa2...


mudah2an lepas ni lya x skip ubat lg dan kembali sihat dan ceria seperti selalu aminnnn

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (138) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (61) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Birthday (49) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) Tempat Makan Best Di Terengganu (29) mama+papa+fasya (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) fasyafrinatraveltales (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Papa Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) TERENGGANU (1) de (1) fasyafrinavacationtime (1) ma (1)