Monday, July 17, 2017

Aidilfitri 1438H : Part 1

Assalammualikum & Salam Sejahtera

Salam Aidilfitri buat semua.. Masih dalam bulan Syawal kan, jadi belum terlewat nak wish. Hehe. Orang lain dala lama up n3 raya, kt baru nak up. Bukan apa..sebenarnya tak de mood + kesihatan tak mengizinkan selepas raya baru2 ni.Selesai buat 1 prosedur kat hosp baru-baru ni, seksanya nak menghadapi effectnya. Dengan kehilangan penglihatan beberapa jam. Lepas saya dah OK sikit, Fasya pula tak sihat. Meh share serba sikit perihal kenangan hari raya baru-baru ni. Nak bercerita panjang memang tak lah.. Hehehe.. Tak tahu ada berapa part... Ikut pada kesesuaian. 

1 Syawal 1438H

1 hari sebelum raya, siap bz dengan urusan kat hosp seperti ambik darah bagai.. Mujurlah time raya sihat walafiat. Tapi sihat pon, setara mana sangat kan. Tahun ni bersedodondon warna Tiffany Green/Mint Green. Baju last minute  sebab peristawa baju raya yang sepatutnya hancur berkecai. Tahun ni, banyak baca kisah problem baju raya..cuma saya takdelah cerita ketidapuasan hati dekat FB/IG or media sosial sebab still fikir perasaan orang. Tak pelah, mende dah nak jadi kan. Setiap berlaku ada hikmahnya. Mujur lah baju kita orang 3 beranak ni tailor lain sanggup ambik tempahan 2-3 minggu sebelum raya sebab kesiankan kita orang. Dan puas hati jahitan kemas + upah murah. 

Anak dara mama di pagi raya.. Macam biasa, sebelum gerak ke rumah mertua mestilah selfie-selfie kenangan dulu. Kalo time raya memang saya akan snap pic terbaik untuk kenangan masa depan.

Mama love fasya .
Bunga organza+manik kat baju & lengan saya jahit sendiri last minute.
Sebab rasa kosong sangat. 

3 of us

Pagi raya gerak ke rumah mertua dulu.. 
Makan-makan & bermaafan sambil hulur duit raya. Hehehe.

Acara gambar family mesti ada.. Tapi tak complete ni.
MIL nampak muda nawww...

Dalam pukul 11am gerak ke rumah family saya.. Jumpa adik-beradik walaupon tak complete lagi.
Lepas tu kita orang start konvoi rumah mak+ayah sedara dekat kampung.

Lepas Asar gerak ke rumah mertua balik. Berkonvoi ke rumah family mertua plok.
Sambil tu..snap-snap dulu. Hasil bidikan anak mama ni. Dah boleh harap. Hehe.


Ni anak dara mama yang snap.
Tengok pic ni raya macam pasangan pengantin baru lak. Hehe

Random 1 Syawal... sebenarnya banyak pic lagi...
 Tp cukuplah upload yang ni jer.

2 Syawal 1438H

Bangun pagi..kemas-kemas rumah. Sebelah pagi just duk kat rumah, selepas solat Zuhur baru gerak ke Dungan rumah family ayah mertua.

Kebetulan sepupu papa dari KL datang. 
Pagi tu buat MeeHoon Singapore jer.

Lepas zuhur terus bersiap ke Dungun. Gerak skali dengan sepupu Fain. Sebelum tu kita wefie kenangan dulu. Hehe.

Trend masa kini.. Baru ku tahu jari macam tu bermaksud Mini Love / Small Heart. 
Hehehe.. K Pop sangat tau.

OOTD 2 Syawal... 
Team Grey...


Random 2 Syawal .
 Syok kumpul ramai-ramai macam ni. memang meriah sangat.

3 of us.
Ni jer pic bertiga.. hehe

3 Syawal 1438H

Raya ke-3 tak beraya kemana sebab nak memasak untuk makan adik-beradik. Memang berdebar nak masak banyak² ni. Tapi mujurlah masak sama² dengan papa Fasya. Tak de lah penat sangat.

Bersiap nak breakfast & ke pasar.
Tak delah nak berbaju raya. Hehe. 

Rombongan cik kiah ke pasar.

Elok je sampai rumah. Kawan papa call nak datang. Alamak! Laju-laju sarung apron buat spagheti Oglio Olio. Sebab tu yang paling senang. Kebetulan memang ada bahan dia.

Twin baby. Anak kawan papa. Kita nak timang anak memang xde peluang dah. Jadi pinjam baby orang jer lah. Lepas geng fain balik... Laju2 salin baju sinsing lengan start memasak. Fuhhhh !

Ngam-ngam siap memasak. Dah siap masak, terus mandi & bersiap. Tak sempat sarung baju raya pom. Sarung je baju sedia ada. Alhamdulillah, dalam tak sihat ni banyak jugak boleh memasak. Saya jamu nasi putih + lauk pauk melayu kite. Sebab musim raya ni mesti rindu nak makan nasi putih. Menu saya masak, Singgang ikan aya, masak lemak daging salai cili padi, ayam paprik, kubis goreng dan ulaman. Alhamdulillah..licin.

Ni kakak ipar... 
Sepupu rita rudaini ni. Hehehe

Random 3 Syawal. 
Memang terasa meriah sangat berkumpul adik-beradik + sepupu dari KL.

4 Syawal 1438H
Dah plan nak rehat kat rumah jer. Sebab penat memasak semalam. Tapi kalo tetamu nak datang ok jer. Saya tak de buat konsep open house. Sape² nak datang roger jer. Kalo ada bahan & sihat boleh masak-masak sikit. Raya ke-4 ni saya cuba masak Mee Hoon Sup.

My bff datang beraya.

Sebelah petang sikit bersiap elok sikit sebab staff ofis papa Fasya nak datang beraya.

Ootd sekali. Hehehe. Pom tak pakai baju raya. Mix n match je blouse & skirt. Sebab lepas tetamu balik terus nak ke pawagam. Just salin seluar jer lah.

Random 4 Syawal .
Alhamdulillah..

Lepas tetamu balik. Kemas-kemas sikit..salin seluar jer . Terus gerak ke pawagan. Tiket ni abang ipar dah booking awal-awal. Weols beraya dengan optimus prime & bumblebee.. Citer ni berat sikit daripada sekuel sebelum ni.

Berikut adalah status keadaan saya yang membuatkan saya semakin lemau nak update blog & IG. Kadang badan terasa terlalu lemah. 
Sebab malas nak menaip & cerita semula... just printscreen je lah.. Hehe

L.O.V.E❤,
Lya Afrina๐Ÿ‘ฐ

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (80) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (72) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (24) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)