Wednesday, August 16, 2017

BEST FRIEND IS LIKE THE...

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

15tahun berlalu... Tapi segar di ingatan. Percaturan dari Nya yang cukup indah. Pada tarikh ni, itulah pertemuan pertama. Hanya asbab menemani kawan dia (kawan sek saya) ziarah waktu saya sakit & lumpuh. Ibarat pelangi muncul selepas hujan.. Selepas pertemuan pertama tu... Tak sangka dia hulurkan salam persahabatan & we are bestfriend. Satu²nya sahabat yang tak pernah tinggalkan diri ini di saat kehidupan hampir gelap+musnah. Dia telah menyempurnakan segala kekurangan diri. Dikorbankan usia mudanya untuk menjaga diri ini secara halal. Alhamdulillah walaupun awalnya saya ragu². Usia 20 & 21 kt dah sah bernikah. Seminggu selepas nikah saya kritikal n berumah di hosp. Awk tunaikan sebaiknya janji awk pd family saya & sampai sekarang awk msh sama seperti dulu. Terima kasih atas segalanya.. Saya tahu awak penat sangat jaga saya.. Tapi saya doakan tempat terindah di akhirat sana atas setiap pgorbanan menjaga saya sakit esp tiap kali saya tenat n waktu saya lumpuh dulu. Happy friendship anniversary to my best friend @fain84 💑

16.08.2003 - 16.08.2017
Best friend is like the ray of sunshine in the darkness. When storm clouds of life are gathering and it seems that there’s no hope, the best friend will always come to you and light your way out.

video

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

Monday, August 14, 2017

Tom Yam Sardin

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Semalam baru berkesempatan nak ngetest masak Tom Yam Sardin. Dah lama simpan resepi ni, tapi tak berkesempatan nak mencuba lagi. Mula-mula antara nak cuba ke tak, sebab takut tak kena dengan tekak. Okey ker sardin bila di tomyam kan? Hahaha.. Tapi kata orang kalau tak cuba tak tahu… Sebelum ni pernah masak Kari sardin…memang dapp dappp sangat.. Kalau orang tanya sedap ke Tom Yam Sardin? Bagi saya sedap jer & boleh diterima tekak.. Still sama je rasa macam tom yam biasa, Cuma isinya sardin. Tapi serius cakap… licin jugak makan ni. Pekena dengan telur dadar…memang ngamm lah. Ok, meh nak share resepi campak-campak yang sangat mudah ni. 10 min dah siap kot. Hehe..

Bahan-Bahan :-
  • Sardin
  • Serai (Titik & hiris)
  • Daun Limau Purut
  • Bawang besar/Holland (Hiris nipis bulat2)
  • Pes TomYam Thai (Saya guna kiub Tomyam Maggi jer)
  • Perahan air limau nipis (Saya letak just limau yang untuk memasak tu.. Boleh beli kat pasaraya)
  • Sayuran (Lobak, Kubis Bunga,Tomato,Daun Ketumbar atau apa2 jer yang suka) 

Cara-Cara Memasak :-

  • Didihkan air & masukkan serai+pes tomyam. Biar sampai mendidih.
  • Setelah mendidih masukkan sardin+kuahnya bersama daun limau purut
  • Masukkan perahan air limau nipis+sayuran
  • Perasakan dengan garam & sedikit gula. Bagi saya Tom Yam ni kalo nak sedap biar rasanya balance, ada rasa masam2 manis & sedikit masin.
  • Dan….sedia untuk di ngappppp!
L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

Tuesday, August 1, 2017

Aidilfitri 1438H : Part 2

Assalammualikum & Salam Sejahtera

Aucakkkk..tenggelam timbul. Syawal dah melabuhkan tirai, baru terhegeh nak sambung citer raya. Cukuplah sekadar simpan kenangan kat sini. Kiranya last part dah ni... Kebizian membataskan masa nak update blog. Memang 2 minggu ni sibuk teruk!

5 Syawal 1438H
Baru berpeluang sarung baju raya. Raya ke-5 just beraya rumah geng² pejabat. Keluar pom lepas Asar dah. Sempat la beraya beberapa biji rumah . Tapi x sempat nak snap2 pic semasa beraya.
 Ootd mama & Fasya.
Sempat lah snap sebelum bertolak dan kat laman belakang rumah nek ma. Tu fasya lah ajar suh posing tengok bawak. Katanya, macam ni la style orang ambik gambo😂

3 of us

Ootd anak dara mama.
Bergaya x nak kalah sekarang ni.

Malam ada BBQ rumah mertua.

6 Syawal 1438H

Beraya dekat hospital..sebab time ni saya ada app untuk buat beberapa blood test.

OOTD ;-)

Balik jer dari hospital terus penuhi jemputan rumah terbuka kawan sekolah.
dah lewat petang sampai..  

7 Syawal 1438H

Kebetulan time ni ramai kawan saya dan papa Fasya bagitahu nak datang kat rumah. alang-alang jemput jiran-jiran terus datang beraya kat rumah. Alhamdulillah, dari tengah hari bawa ke malam tetamu datang. Tak putus.

OOTD mama & Fasya.
Ni tetamu terawal sampai..Jadi ni je pic yang sempat snap.
Lepas tu dah sibuk melayan tetamu.

Menu nasi ayam.. Berjaya gak amsak dalam kuantiti banyak.
5ekor ayam gak ni.. Fuhhhh..penat xsoh kira lah. takpelah..sesekali meraikan tetamu.

8 Syawal 1438H
Kembali ke pangkal jalan..
Masa untuk kerjaaaa!

9 Syawal 1438H
Baru berkesempatan berkumpul di rumah BFF.
walau x cukup corumn.. tapi still seronok bila sesekali berjumpa.

Sambutan Raya Kat Sekolah
Hoorayyy!
Paling semangat bila part beraya kat sekolah.
Bergaya dengan kurung moden pemberian Tok Ma dia.

Ohhh.. i'm late !!!!!
Ngam ngam sampai sekolah waktu ni..
Nape ntah terlewat time ni. Hahaha.
L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (73) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)