Saturday, August 26, 2017

Bukit Gambang Safari Park

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dapat jugak mencelah masa untuk update blog. Haaa...dah nak 3am ni..Tapi mata xleh lelap.. Cuba cari mood nak update. Serius selalu rindu kat blog, tapi masa begitu membataskan. Memang sebulan-dua ni saya bizi yang amat. Bz dengan kerja, bizi dengan rawatan hospital & bizi dengan segala hal. Penat ! Salah satu kebizian ialah untuk uruskan hari keluarga syarikat saya bekerja ni bermula dari A-Z. Memang penat sebab disamping tu berkejar dengan task kerja di pejabat lagi.. Persiapan bermula kira-kira 2-3 bulan lepas... akhirnya berjaya dilaksanakan dengan baiknya baru-baru ni.Bukan senng nak handle orang 100++ orang ni. Oklah, dapat percutian free 3H2M kat Gambang Resort City. XTVT memang padat. Mehlah simpan sikit kenangan kat blog. 

Day 1 : 04.08.2017
Bertolak ke Gambang. Perjalanan kira-kira 1jam ++ sahaja. Pagi tu saya bertolak dengan ofismate dulu sebab sebagai AJK mesti nak kena sampai awal. Papa Fasya gerak lewat petang sikit sebab nak mengemas rumah dulu. 

Budak paling eksited...

Dah sampai hotel kita check in dulu. Kita orang menginap di Arabian Bay Resort.
Bilik memang puas hati. Bilik mandi besar gedabak.

Aktiviti pertama ialah ke Gambang Safari Park. Dekat sini ada task selfie/wefie contest. Mana-mana pekerja yang sent pic selfie/wefie kreatif sepanjang didalam Safari Park ni, ada hadiah wang tunai menanti.

Mama & Fasya selfie/wefie untuk simpanan jer.
Juri +ajk tak layak join contest.. hehe

Naik tramp melawat hidupan liar di Wild savannah

Pak rimau+badok air

Bird Show..
Best dekat sini..

With Flamingo.
1st time tengok depan mata ni..hehe

Snap...snap..snap

snap lagi...

With ofismate 

Bagi rabbit & kambing makan

jumpa kawan..hehe

free style

Sebelah malam..selepas dinner ada Tarzan Show.

Kalau ikut berlambak lagi pic. 
Pilih rawak jer.. Kat Safari ni besar sangat..tak sempat jelajah semua..sakit kaki oooooooooiii.

Day 2 : 05.08.2017
Sebelah pagi, selepas breakfast ada sesi bergambar bersama staff & family. Selepas tu ada acara sukaneka. Sebelah petang ada pertandingan mewarna kanak-kanak & dewasa serta pertandingan anyam ketupat. Dan, sebelah malam merupakan malam kemuncak yang dinantikan setiap kali family day ni. Upacara permbahagian hadiah sukaneka,contest & cabutan bertuah merupakan wang tunai$$$$ (tak buat cabutan barangan sebab sekarang duit adalah segalanya.. hahaha) . Dan yang best semuanya bertuah & semuanya dapat cuma amaunnya berbeza. Paling dinantikan juga cabutan wang tunai BONANZA & cabutan wang tunai dari big boss.. Alhamdulillah, memang rezeki saya malam tu..untuk cabutan bertuah boleh tahan jugak nilainya..& tak sangka cabutan dari bog boss terkena pada no saya. Rezeki tak pernah salah alamat. Kebetulan memag saya sedang mengumpul duit juga untuk tujuan rawatan saya kat hospital... Tak sangka Allah permudahkan segalanya. Untuk sukaneka pon hadiahnya wang tunai...kecuali untuk kanak-kanak 1-9tahun sahaja bagi hadiah.

Sukaneka

Pertandingan Mewarna

Malam Dinner bertemakan "Selamat Hari Raya Aidilfitri"
Dah lepas raya pon...lahaiiii..hahaha

Dah selesai majlis baru sempat bergambar.. Alahai...

Day 3 : 06.08.2017
Selepas breakfast terus check out & ke Gambang Waterpark. Time ni bebas masing-masing nak gerak waktu mana. Nak berendam sampai kecut pom boleh. Haha. Saya duk sini dalam 1jam++ ajer..Lepas hajat fasya jer lah nak main air. Tapi last-last mama pom terendam jugak.. Haha


Penat...dapat sekali dengan pakej rentung. Haha. Tapi enjoy & seronok . Yelah, semuanya freekan..
Semoga ada lagirezeki 2tahun lagi, kalau dipanjangkan umur. Kemanakah Family Day 2 tahun lagi ?

~Kata family day..apesal pic kita orang jer?? Hehehe...ada je pic yang menampakkan seluruh staff & family.. tapi tak upload demi privasi mereka & keluarga mereka..ecececeh~

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

3 comments:

aryan azra said...

wah memang bestlah cuti2 family day free macam nih,akak pun dah lama tak ke gambang nih teringin nak pergi lagi nanti

dear anies said...

seronoknya dia bermandi manda... tiada apa yg lbh menggembirakan bla dpt berjimba jimbi di taman tema! ;-)

el said...

dah besar kan asya..kejap je..
suka tgk dia posing

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (138) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (61) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Birthday (49) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) Tempat Makan Best Di Terengganu (29) mama+papa+fasya (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) fasyafrinatraveltales (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Papa Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) TERENGGANU (1) de (1) fasyafrinavacationtime (1) ma (1)