Monday, August 14, 2017

Tom Yam Sardin

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Semalam baru berkesempatan nak ngetest masak Tom Yam Sardin. Dah lama simpan resepi ni, tapi tak berkesempatan nak mencuba lagi. Mula-mula antara nak cuba ke tak, sebab takut tak kena dengan tekak. Okey ker sardin bila di tomyam kan? Hahaha.. Tapi kata orang kalau tak cuba tak tahu… Sebelum ni pernah masak Kari sardin…memang dapp dappp sangat.. Kalau orang tanya sedap ke Tom Yam Sardin? Bagi saya sedap jer & boleh diterima tekak.. Still sama je rasa macam tom yam biasa, Cuma isinya sardin. Tapi serius cakap… licin jugak makan ni. Pekena dengan telur dadar…memang ngamm lah. Ok, meh nak share resepi campak-campak yang sangat mudah ni. 10 min dah siap kot. Hehe..

Bahan-Bahan :-
  • Sardin
  • Serai (Titik & hiris)
  • Daun Limau Purut
  • Bawang besar/Holland (Hiris nipis bulat2)
  • Pes TomYam Thai (Saya guna kiub Tomyam Maggi jer)
  • Perahan air limau nipis (Saya letak just limau yang untuk memasak tu.. Boleh beli kat pasaraya)
  • Sayuran (Lobak, Kubis Bunga,Tomato,Daun Ketumbar atau apa2 jer yang suka) 

Cara-Cara Memasak :-

  • Didihkan air & masukkan serai+pes tomyam. Biar sampai mendidih.
  • Setelah mendidih masukkan sardin+kuahnya bersama daun limau purut
  • Masukkan perahan air limau nipis+sayuran
  • Perasakan dengan garam & sedikit gula. Bagi saya Tom Yam ni kalo nak sedap biar rasanya balance, ada rasa masam2 manis & sedikit masin.
  • Dan….sedia untuk di ngappppp!
L.O.V.E❤,
Lya Afrina๐Ÿ‘ฐ

11 comments:

mama tisya said...

pernh tgk org masak tomyam sardin tp tk pernh try ..hehe

aryan azra said...

menarik nampak resepinya tu, lebih menarik hiasan bunga dimeja tu, cantiklah lya pandai lya deco-deco

Amanda Suria said...

Siyes SA tak pernah tau sardin leh buat version tomyam..ok..nanti nak cuba la..

Zie Azi said...

anak bujang tu pun suka makan sardin.. leps tu lama2 dia jemu hihii

dear anies said...

wahhhh lapo da niiii

wahida said...

wahhh...boleh try lepas ni...

el said...

tomyam sardin..1st time dengar
boleh try ni

umi alya said...

Nnt akak nak cuba

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

nmpak lya share kat fb aritu..kita ok jek sardin ni tp tak taula husbnd ok ke tak..dia jarang2 nak makan sardin..haha

mawar_berduri said...

suka deko meja makan lya ni ...so nice..kemas je..haishh x sabar nak masuk rumah sendiri nanti

Yati said...

Kari sardin anak akak sorang suka. Boleh cuba tomyam sardin pula. :)

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (138) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (62) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Birthday (49) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) Tempat Makan Best Di Terengganu (29) mama+papa+fasya (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) fasyafrinatraveltales (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Papa Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) TERENGGANU (1) de (1) fasyafrinavacationtime (1) ma (1)