Thursday, September 28, 2017

Jejak Kuala Terengganu : Kampung Cina + ICT Warung Pok Nong + Dapo Pantai Uptown Contena

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

6 May 2017 :
Sambungan dari kisah Kelantan yang lepas. Otw balik , singgah Kuala Terengganu. Walaupun saya orang Ganu, tapi still macam pelancong di negeri sendiri. Haha. Memang tak kenal lagi jalan & tempat kat sini. Setahun sekali pon belum tentu jejak Kuala Terengganu ni. Oklah, berblaik pada tajuk, alang-alang lalu bandar Kuala Terengganu ambillah peluang singgah di beberapa lokasi yang agak femes kat Kuala Terengganu ni.

Kampung Cina
Lokasi Kampung Cina ni dekat bandar KT. Berdekatan dengan Pasar Payang. Apa yang menarik kat sini ialah street art & kalau bernasib baik boleh selfie dengan babanyoya kat sini. Dah pernah sampai sini tahun 2015 dulu. Jadi kali ni repeat lagi. Kaki swafoto sesuwei sangat kesini.

 Antara gambor nya.. padahal berlambok lagi.. Dah malas nak edit sebab dah basi. Hahaha.
Pada pendapat saya, dah tak seberapa cantik macam kali pertama saya datang dulu. Sekarang dah sedikit kusam & agak terabai. Tapi still ada juga beberapa lukisan baru.

ICT Warung Pok Nong
(Ikan Celup Tepung Pok Nong)
Lokasi : Pantai Mengabang Telipot

Ni salah satu tempat yang sangat femes ni. Masa sampai sini dalam pukul 3 petang. Kedai baru jer beroperasi. Tapi tengok.... panjangnya beratur. Dia orang datanga awal-awal lagi. Saya & papa Fasya bergilir beratur. Lenguh kot berdiri lama-lama. Gigig betul.

 Sementara menunggu..pekena ais batu jagung dulu

 Muahahaha..
Beratur panjang-panjang..ini jer kita orang ambil.
Yelah..makan berdua..banyak-banyak kan membazir. Fasya memang tak makan yer segala makhluk laut. Yang dia makan cuma ayam atau daging jer. Tapi memang berbaloi makan sini. Rasanya fresh & panas-panas. Kiranya memang kita dapat hidangan ni terus dari dapur. Fuhhhhh..

Dapo Pantai Uptown Contena
Lokasi : Pantai Tok Jembal
 Last pit stop.. kita singgah kat sini. 
Wahhhhhh.memang cun sangat! Macam kat obersea jer rasanya. 
Ada banyak pilihan tempat makan... saya main tuju jer.. Sebab perut dah lapor kedaroh.

 View mempersonakan. Mengadap pantai.

 family wefie ;-)
Dekat sini ajer beratus snap pic. Hahaha. Ni main pilih random ajer. 

Nyummmmmmy!!

 Sebelum gerak..kita snap dulu di laluan utama

Yeayyy... tamat sudah ;-)

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

Monday, September 25, 2017

Jejak Kelantan : Palestine Street Alley Art & Pasar Siti Khatijah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

6 May 2017 :-
Saya duk Kelantan 2 hari jer.. Jadi nak berjalan agak terhad + papa Fasya berkursus. Ada plan nak ke Pasir Panjang & Pangkalan Kubu tapi cansel sebab fikir otw balik nak singgak Kuala Terengganu dulu. Last day kat Kelantan, selepas check out sempat la singgah beberapa tempat. Ni pon hasil google. Tapi antara tempat yang memang saya tak jejak ialah Muzium & Pusat Kraftangan sebab kejar masa nak tawaf bandar Kuala Terengganu  pulak otw balik ke Kemaman. Ada 1 lagi tempat menarik di kelantan iaitu, Upside down house and art Gallery Tunjung kota bharu KelantanDah sampai Kemaman baru tahu kewujudan tempat ni. Tak pelah, kalo ada rezeki lagi kesana boleh la pergi.


Palestine Street Alley Art, Kota Bharu Kelantan

Untuk ke sini just waze / maps : Jalan Dato Pati . Confirm akan jumpa tempat ni, disebalik bangunan. Sampai jer sini terus terpukau dengan hasil seni kat sini. Selain tu, art dekat sini agak menusuk hati dimana lukisan mengambarkan suasana di Palestine. 




Kalau ikut banyak sangat snap pic kat sini. Nak upload yang mana dah blur.. Haha

Gerbang anak panah belakang tu laluan ke Palestine Street Alley Art 

Pasar Siti Khatijah

Tempat persinggahan terakhir sebelum bertolak balik semestinya Pasar Siti Khatijah. Kononya nak beli sikit cenderamata & kudapan dari Kelantan. Nak beli dodol & makanan-makanan dari Kelantan oklah ke sini (maybe ada tempat lain lagi kot yang lagi menarik). Tapi kalo nak beli souvenir memang tak banyak pilihan kat sini. Untuk souvenir kena naik tingkat 2. Lagi meriah dan banyak pilihan di Pasar payang Kuala Terengganu.

Sekian kisah JEJAK KELANTAN . In shaa Allah, bersambung kisah di Kuala Terengganu. Walaupun saya orang ganu, tapi still melancong dalam negeri sendiri.. Hahaha... Tak kenal betul lagi negeri sendri, sebab jarak Kemaman-KT agak jauh.. Kita orang dekat dengan Kuantan, Pahang.

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

Thursday, September 21, 2017

Jejak Kelantan : Eon Mall - Wakaf Che Yeh - Rehal Food Trucks

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Setelah 4 bulan berlalu... Inilah masa untuk kembali mengali cerita lama. He he he he. Bulan Mei 2017 baru-baru ni berpeluang jejak kaki ke Kelantan. Memang eksited jugak nak jejak negeri serambi Mekah ni. Kebetulan papa Fasya berkursus di Kelantan, jadi bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal... teruslah ambik peluang untuk kenal negeri kelate ni. Pernah jejak Kelantan zaman kecik-kecik dulu. Sebelum terlupa, nak share hotel saya menginap time ni di Hanis Villa Hotel (Sekarang dah tukar nama kalau tak silap). 

Nak cerita banyak pom dah lupa sebab dah lama.. Papa Fasya berkursus sebelah pagi... Jadi habis kursus petang barulah berpeluang nak jalan-jalan sikit. Let's go.....

5 May 2017
EON MALL, Kota Bharu Kelantan

Ni mall dekat Kelantan yang agak "sohor" (femes) orang kata. Dikatakan mall terbesar di Pantai Timor. Masuk dalam mall ni, biasa-biasa jer shopping complex dia.. Tapi apa yang buatkan saya eksited nak ke sini???? Semestinya sebab ada KAISON kat sini ! Satu-satunya KAISON di pantai timor waktu tu.. Tapi... nanti dah ada cawangan Kaison dekat Kuantan City Mall (Yihaaaaaaa..bakal menjadi pelanggan tetap untuk cuci mata.. hahaha)

3 of us


Masuk kaison last-last beli kiriman orang yang banyak. Hahaha. Sendiri masuk dah jadi blur plok nak apa. Beli beberapa kerat jer. Bila balik rumah mula lah.. nyesalnyaaaaa tak beli. 

Yang best jugak sebab ada Index Living Mall...
Beli la bakul kain putih sebijik.. Sebab cun !

WAKAF CHE YEH

Best datang sini. Meriah sangat suasana malam. Memang pasar dia besar yang amat. Macam-macam jualan ada & semuanya murah yang amat. Antaranya tudung bawal, shawl, kain pasang, blouse & jeans.. Kalau ke Kelantan wajib lah ke sini.

REHAL FOOD TRUCKS

Tak diakui, suasana malam kat sini agak lengang & sunyi.. Saya sendiri tak tahu kat mana tempat menarik untuk diterjah time malam ni. Google2, jumpalah kat sini. Maybe kat sini port lepak-lepak dia orang. 

Sekadar melawat kawasan jer... sebab dah kenyang makan dekat gerai Wakaf Che Yeh tadi.

Dekat area sini adalah mural art ni sikit kat tepi bangunan.
 Boleh la snap-snap pic untuk kenangan

Last..naik kuda jer keliling kawasan bandar ni. Oklah tu, at least ada jugak xtvt.
Dah siap, kita orang waze ke Pantai Cahaya Bulan sebenarnya.. Kot-kotlah suasana malam dia meriah macam kat Pantai Teluk Chempedak. Tapi hampehhhhh... waze tu bawa kita ke hutan mana ntah.. Muahahahahhaahaa... Last-last bagitau papa, balik hotel la . Jadi tak dapat dipastikan macammana suasana malam dekat Pantai Cahaya Bulan ni.


L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

Tuesday, September 19, 2017

Aidiladha 2017 : Blue Lake , Seberang Tayur

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Baru nak up kisah Aidiladha baru-baru ni. Entahlah nape, semakin sendu nampak nak update blog, walau rindu begitu mengebu pada blog. Hahaha. Raya Aidiladha biasa-biasa ajer, kebiasaannya hari pertama masuk korban, tapi tahun ni masuk korban pada raya ke-3. So, bolehlah melaram sikit raya pertama tu. Kalo tak sarung t-shirt+seluar jer. 

Raya pertama , just berjubah. Mix & match jer baju yang sedia ada.. Maka terjadilah theme hitam+coklat. Tak ada kemana pun, just melepak rumah mama & sedara mara. Tapi sempat juga ke tempat awesome dengan anak sedara.. Dah lama idam nak ber-poyo shoot kat sini.. 

Blue lake, Kg. Seberang Tayor

Lokasi : 15min dari bandar Chukai. Kena parking kereta tepi jalan & untuk ke sini kena berjalan kaki dalam 5min. Sampai jer... Wowwwww!! Terasa macam tengok lukisan. Indahnya ciptaanNya.. .

Raya ke-3, masuk ibadah korban. Alhamdulillah rezeki untuk tahun ni.

Antara menu yang sempat saya masak hasil korban tahun ni.. Kerabu perut, Perut masak lemak cilipadi & sup tulang. Kali pertama ambil perut ni, biasa tak pernah ambil pom. Tak de lah susah nak proses dia kasi bersih. Cara dia, kapur sirih tu lumur sikit pada perut & direndam dalam 30 min. Lepas tu, gosok-gosok & cuci sampai bersih. (kalo nak senang beli berus satu untuk cuci perut ni). Dah putih bersih, boleh la direbus perut bersama sedikit garam+asam keping sampai sedikit kenyal & bolehlah disimpan dalam peti ais.. Bila nak masak keluar kan dari peti ais & masak macam biasa..

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (138) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (62) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Birthday (49) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) Tempat Makan Best Di Terengganu (29) mama+papa+fasya (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) fasyafrinatraveltales (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Papa Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) TERENGGANU (1) de (1) fasyafrinavacationtime (1) ma (1)