Thursday, September 28, 2017

Jejak Kuala Terengganu : Kampung Cina + ICT Warung Pok Nong + Dapo Pantai Uptown Contena

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

6 May 2017 :
Sambungan dari kisah Kelantan yang lepas. Otw balik , singgah Kuala Terengganu. Walaupun saya orang Ganu, tapi still macam pelancong di negeri sendiri. Haha. Memang tak kenal lagi jalan & tempat kat sini. Setahun sekali pon belum tentu jejak Kuala Terengganu ni. Oklah, berblaik pada tajuk, alang-alang lalu bandar Kuala Terengganu ambillah peluang singgah di beberapa lokasi yang agak femes kat Kuala Terengganu ni.

Kampung Cina
Lokasi Kampung Cina ni dekat bandar KT. Berdekatan dengan Pasar Payang. Apa yang menarik kat sini ialah street art & kalau bernasib baik boleh selfie dengan babanyoya kat sini. Dah pernah sampai sini tahun 2015 dulu. Jadi kali ni repeat lagi. Kaki swafoto sesuwei sangat kesini.

 Antara gambor nya.. padahal berlambok lagi.. Dah malas nak edit sebab dah basi. Hahaha.
Pada pendapat saya, dah tak seberapa cantik macam kali pertama saya datang dulu. Sekarang dah sedikit kusam & agak terabai. Tapi still ada juga beberapa lukisan baru.

ICT Warung Pok Nong
(Ikan Celup Tepung Pok Nong)
Lokasi : Pantai Mengabang Telipot

Ni salah satu tempat yang sangat femes ni. Masa sampai sini dalam pukul 3 petang. Kedai baru jer beroperasi. Tapi tengok.... panjangnya beratur. Dia orang datanga awal-awal lagi. Saya & papa Fasya bergilir beratur. Lenguh kot berdiri lama-lama. Gigig betul.

 Sementara menunggu..pekena ais batu jagung dulu

 Muahahaha..
Beratur panjang-panjang..ini jer kita orang ambil.
Yelah..makan berdua..banyak-banyak kan membazir. Fasya memang tak makan yer segala makhluk laut. Yang dia makan cuma ayam atau daging jer. Tapi memang berbaloi makan sini. Rasanya fresh & panas-panas. Kiranya memang kita dapat hidangan ni terus dari dapur. Fuhhhhh..

Dapo Pantai Uptown Contena
Lokasi : Pantai Tok Jembal
 Last pit stop.. kita singgah kat sini. 
Wahhhhhh.memang cun sangat! Macam kat obersea jer rasanya. 
Ada banyak pilihan tempat makan... saya main tuju jer.. Sebab perut dah lapor kedaroh.

 View mempersonakan. Mengadap pantai.

 family wefie ;-)
Dekat sini ajer beratus snap pic. Hahaha. Ni main pilih random ajer. 

Nyummmmmmy!!

 Sebelum gerak..kita snap dulu di laluan utama

Yeayyy... tamat sudah ;-)

L.O.V.E❤,
Lya Afrina๐Ÿ‘ฐ

11 comments:

aryan azra said...

banyak tempat menarik untuk dikunjungikan. ye lah macam akak pun bertahun duduk pahang tapi tak semua tempat kat pahang tu akak jejak. teringinlah nak ke terengganu lagi

mama tisya said...

ICT warung poknong tu mmg byk dh bc blogger update..bila ntah nk smp

el said...

tudia panjang nau nau beratuq nya..tp berbaloi la kan...mmg tingin gak nak p makan situ

dear anies said...

lya harga kat ICT ok x? dah lama mengidam nk mkn kt mn2 ICT yg ada kat t'ganu

E'in said...

cantiknye tempat.. e'in tak penah sampai terengganu lagi..

hainom OKje said...

Entah bilalah nak ke Terengganu.... teringin sangat nak ke sana. Asal org buat entri Terengganu je komen dia mesti sama je Lya haha...

Kalau laki hakak mmg tak sangguplah nak beratur tu Lya. Rasanya dia lagi sanggup tak makan. Rindu jugak nak makan seafood celup mcm tu. Lagi pulak fresh fresh...pergh!

Nora Karim said...

saya kalau balik Terengganu, kampung encik hubby, mesti nak pergi pantai... pantai Terengganu cantik-cantik...

Bunda_nora said...

Salam,

lama doh tak nyinggah kemari. Kampong Cina tu macam Cina Town lah kot yer?

C i k R e n e x said...

Pantai Tok Jembal Cik Renex tak sempat nak pergi baru2 ni.lawa view situu

mamapp said...

Byk tempat menarik kt ganu. Bolehlah singgah sini nanti

+ e.z + said...

Bolehlah singgah sini nanti (wishlist) :)

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (138) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (61) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Birthday (49) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) Tempat Makan Best Di Terengganu (29) mama+papa+fasya (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) fasyafrinatraveltales (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Papa Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) TERENGGANU (1) de (1) fasyafrinavacationtime (1) ma (1)