Monday, November 13, 2017

Elmanzeel Cafe : Surprise Birthday Celebration For Papa Fasya

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

31.10.2017
Sempena birthday papa Fasya baru-baru ni, adalah buar surprise sikit dari biasa. Time beday kita dulu dia terkejutkan kita, kali ni kita terkejutkan dia pulok.. Tapi dengan kita-kita terkejut sama. Haha. Sebelum tu nak ucapkan terima kasih pada yang wish & mendoakan papa Fasya kat entri sebelum ni. Pasal hadiah tu, dia jumpa cari akhirnya.. Tapi yang jumpanya anak dia.. Hahaha.

pic ni snap lepas dah balik

Al-kisahnya, pada 31hb tu saya memang dah booking awal-awal dekat cafe tu. Just booking menu & meja febret kita orang kalo ke situ. Saya pilih cafe ni sebab ada nasi goreng Lamb febret papa Fasya kat sini. Tapi nak dijadikan cerita, pada tarikh tersebut saya balik lewat lak sebab kena siapkan tender.. Huwaaaaa.. Hampir nak nangis. Haha. Plan kul 8am tu memang dah nak ada kat cafe tu, sebabnya Fasya kan tgh final exam.. tak naklah balik lewat. Nak samb review study sikit-sikit .


Dah balik pon kul 8pm dari opis. Masa ambil tu, papa Fasya ajak makan terus sebab lapor.. Tapi saya berkeras kena balik gak dulu.. Nak mandi-mandi..pastu gi makan kat kedai area rumah je. Haha. Lepas tu papa tengok saya bersiap lawo-lawo. Kata nak makan kedai kat rumah jer.. Last-last saya suh dia pilih nak makan mana?? ( Dalam hati dah berdebauuuu...kot-kot lah pilih cafe lain).. Tapi mujur dia pilih cafe yang saya dah booking siap-siap tu. Kalo dia tak pilih yang tu pandai-pandai lah wak cerita ajak ke situ. Haha


Sampai je cafe dekat kul 9am dah.. Masuk je dalam tu terkejut papa Fasya ada belon-belon bagai. Haha. Belon bouquet tu tempah dengan officemate papa Fasya jer.. Dapat murah. Pastu minta dia belikan kek SR 1 slice. Sampai jer situ, terkejut gak tengok cafe ni deko meja makan bagai + layanan VIP terus dia bagi. Haha. Tengok kek xde atas meja... terus whtsapp kawan tu tanya mana kek?? Ingat lupa beli.... Katanya dah tinggal dekat cafe tu. Agaknya dia keluarkan lepas makan kot. 




Sekali tengah syok makan... dia tutup lampu dan pasang lagu happy birthday sambil bawak kek tu.. Aikkkk...dengan mama sendiri tersepraissss.. Sampai tak sempat mama nak rekod video. Hahahaha.. tak plan pom nak buat macam ni. Apa-apa pun tqsm buat kafe ni sebab dah meninggalkan memori cukup manis untuk papa Fasya.

Ok...meh bergambar kenangan sebelum balik..

Malam sebelum tu..
gigih tulis kad untuk papa dia.

Love๐Ÿ’˜,
Lya Afrina

Thursday, November 9, 2017

Taman Tamadun Islam & Bazar Kuih Tradisional Terengganu, Gong Kapas

Assalammuaikum & Salam Sejahtera

Misi mengali cerita lama..

Alahai..sendu sungguh rasanya blog ni. Serius rindu sangat zaman aktif update blog dulu. Tapi, apakan daya..kekangan masa membataskan nak update selalu. Kadang dah buka, upload pic... tapi nak mengarang tu no idea... maka tertangguhlah dalam draft. Ni bila buka balik dah blur nak cerita dari mana.. Hentam ajer lah...

Ni cerita bulan Julai aritu. Kebetulan ada urusan dekat Kuala Terengganu. Settle urusan kerja , ajaklah pusing tempat menarik kat KT ni. Nama je org ganu, tp jakun bebebor.. Haha.. Setahun sekali pom belum tentu nak turun KT ni, melainkan mmg betul² ada urusan.

Kali ni ambil kesempatan melawat Taman Tamadun Islam (TTI) dekat Gong Kapas. Guna maps jer, terus sampai. Kita mmg tak kenal jalan KT ni. Jadi kalo uols ke kuala terengganu, sini adalah salah 1 tempat yang wajib singgah. Sebelah TTi ni ada Masjid Kristal.

Dalam TTI ni ada monumen masjid yang terkenal dari seluruh dunia.. Ada monumen tu kita memang boleh masuk kat dalam dia. Yang pasti, memang tak rugi masuk sini.. Sebab tempat dia cantik. Ada 1 tempat tu betul2 rasa macam kat negara Arab.
Beli tiket kat kaunter. Terus dia bagi passport ni. Harga tiket dah lupa la๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Tapi mampu milik. Kalo nak jimat ambik pakej masuk TTI + Naik Bot . Tapi nak ambk pakej ni , atleast 8 org dekat bot tu. Kebetulan saya gi, bot baru je berlepas.. Jadi kalo nak naik gak bot, kna bayar utk sebiji tu. Jadinya...kt org just masuk dalam TTI je. 

Ni maps dalam TTI. Leh tahan besauu.

Utk round dalam ni saya pilih untuk naik tramp. Ada banyak pilihan, leh naik basikal..pastu yang macam kereta tu nama apa ntah.., lupa dah. Naik tramp murah sikit. Kalo jalan kaki, confirm tercabut habis la kaki๐Ÿ˜‚. Tramp ni akan berhenti kat setiap persinggahan. Jadi, kita boleh round2.. Ada tempat persingahan tu kita boleh masuk dalam monumen masjid tu + ada tayangan video.

Let's go...
Ok..layan je la setiap pic ni. Sebenarnya ada banyak lagi monumen ni.. Cuma upload mana yang sempat jer ni. 

Dekat sini cantik sangat view dia. Tepi sungai.. Dan terasa macam kat negara Arab.


Masjid Al-Aqsa.
Dia punya binaan sebiji ikut yang asal punya. Kat sini ada tayangan video sejarah masjid Al-Aqsa ni.





Ok..sampai sini je upload gambo.
Kalo ikut banyak lagi masjid cantik-cantik.
Tapi malas nak resize dah. Haha. 

Ok.. Jom balik..
Sepanjang naik tramp ni , setiap destinasi & masjid ada penerangan audio yang dipasang. 

Sebelum balik..isi perut dulu kat kafe TTI ni. Cantiknya view dia... Tepi sungai.
Kat sini leh claim baucer braper % ntah diskaun bila tunjuk tiket TTI tu. 

Bazar Kuih Tradisional, Gong Kapas

Nak ke sini pom leh guna maps yer.
Serius tak rugi datang sini. Meriah kuih muih tradisional. Yang penting rasanya pom original . Sedap...

Ni antara kuih yang saya beli.
Mujur saya ni jenis kurang suka kuih-muih. Lagi-lagi kalo yang manis.. Kalo tak, mau sekedai ni borong. Haha

Ok..sekian kisah melancong di negeri sendiri. Nanti kalo uols bercuti di Kuala Terengganu, jangan lupa datang sini. Hehe. Kalo ke KT lagi lepas ni nak ke Bukit Puteri & dinner kat Panorama Hill plok. Kah..kah..kah..

L.O.V.E❤,
Lya Afrina๐Ÿ‘ฐ

Wednesday, November 8, 2017

Go Go Green ๐ŸŒฑ

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

26.10.2017 
Merupakan temasya sukan sekolah Fasya. Tahun ni lewat sikit buat acara sukan ni. Beberapa hari lepas sukan terus final exam๐Ÿ˜…. Tahun ni Fasya terlibat dalam 2 acara iaitu lari ikat kaki & Larian 8x50m.Macam biasa. .mama mestilah support. Sanggup ambik cuti (unpaid leave๐Ÿ˜ญ). Mama pom pakai shawl hijau jugak tu๐Ÿ˜†.

Budak happy๐Ÿ˜€

Starting mestilah ada perbarisan masuk rumah sukan masing2. Terhibur tgk persembahan setiap rumah sukan. Kretip cikgu-cikgu walaupom persiapan last minute. Selain tu ada jugak persembahan dari pelajar-pelajar.

Sebelah pagi, acara sukaneka lari ikat kaki.
Kuning VS Hijau

Berdebar dah nak mula acara

Tu dia..

Wahhhh..steady la anak mama

Dapat tempat ke-3.
Yeayyyy๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Sebelah petang lak untuk acara 8x50m. 
Fasya yang berbaju oren tu. Dah tukar baju sebab asham.. Haha. Untuk acara ni group dia dapat tempat ke-4 daripada 8 group. Oklah tu.. Yang penting pengalaman. Adat bertanding adalah yang menang & kalah. Tapi leh wak balik seketul pingat tu pom suka sgt dah anak dara mama ni.

Next year in shaa Allah kalo ada rezeki kita kumpul lagi pingat yer..
Majulah sukan untuk negara๐Ÿ˜

Love๐Ÿ’˜,
Lya Afrina

Friday, November 3, 2017

Happy Birthday Anak Mama !

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

3.11.2017

Alhamdulillah, hari ni dah masuk usia ke-9 anak ajaib mama ni. Selamat ulangtahun ke-9 juga buat kami bergelar mamapapa Fasya . Alhamdulillah, tiada kata yang dapat diluahkan dengan anugerah ini. Betapa pantas berlalu... dah semakin menuju kedewasaan anak dara mama ni. Mama doakan yang baik-baik . Semoga seluruh perjalanan mu akan sentiasa dipermudahkan. Semoga menjadi anak yang kuat ! Terima kasih Allah atas anugerah tidak terhingga. Walaupon mama mengandungkan dia dalam keadaan koma, tapi kerana kuasa Allah kita berdua sama-sama survive & dapat menikmati kehidupan bersama sehingga ke hari ni. Mama doakan semoga anak mama diberikan kesihatan yang baik serta membesar menjadi anak yang berjaya dalam dunia akhirat.





Next year dah darjah 4... cepatnya lahaiii...
Makin besar ni makin pandai berjaya... habis tudung bawal mama dia nak.
Sekarang tudung pom dah berkongsi dengan mama. Mama happy bila tengok senyuman sentiasa terukir dibibirnya.. Mama nak tengok senyuman ni hingga ke akhir hayat mama. Mama Love you so much !

Love๐Ÿ’˜,
Lya Afrina

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (138) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (61) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Birthday (49) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) Tempat Makan Best Di Terengganu (29) mama+papa+fasya (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) fasyafrinatraveltales (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Papa Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) TERENGGANU (1) de (1) fasyafrinavacationtime (1) ma (1)