Monday, March 27, 2017

School Holiday ---> Back To School

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Mood nak update blog kembali ke-laut.
Takpelah..sekali update sekali harung...
Sebab tak tahu bila lagi akan update selepas entri ni..
Bergantung kepada keadaan saya juga...
Faktor jadi merudum semula ni banyak sebab..
Antaranya kerana rutin ... terlalu penat...
Lain-lain.... sebab fikirkan masalah diri.. Ecehhhh..
Semua orang ada masalah kan... 
Cuma masalah saya, nak cari kekuatan balik tu susah jugak sebenarnya..
Sekarang tunggu turn nak lakukan prosedur seterusnya kat hospital..
Doakan semoga dipermudahkan segalanya...

Cuti sekolah dah berakhir...
Kat Terengganu ni dah mula sekolah pom kelmarin..
Jadi bermulah rutin setiap pagi yang super duper fix...
Cuti sekolah baru ni tak ada bercuti kemana-mana pom..
Kalau ikut perancangan memang nak kutip stoberi..
Tapi terpaksa postpone dulu...
Tapi, adalah juga luang masa untuk Fasya...
Pandai-pandailah cari masa & ruang untuk anak sorang ni..
Kesian dia... Yang sedih balik sekolah kelmarin siap bagitahu..

" Mama... kawan-kawan adik semua gi jalan-jalan.. Adik sorang jer tak"..

Huhu..serba salah plok mama...
Tapi saya pujuk...

" kita gi Kuantan tu pom jalan-jalan gak.. Ada orang tu tak gi mana-mana terus."

Swafoto last day sekolah sebelum cuti aritu.

17.03.2017
Hujung minggu... memang kadang-kadang kena turun kuantan sebab papa Fasya ada urusan kerja.. Lepas settle tu bawa lah Fasya pusing-pusing... 

Kebetualn kat hall ada program Dumex...
 Budak-budak dapat belon seketul sorang

Penyakit cermin...

Gelagat Fasya... kadang walau pon tak beli..
Tapi biasalah budak-budak tetap suka tengok barang-barang kan.. haha

Ke Taman Gelora.. pekena Coconut Shake dia ni memang terbaikk... piorrr!
Kalo ke Kuantan jangan lupa singgah Taman Gelora.. 
Ada banyak gerai makanan-makanan ringan kat sini.

Dah minum & makan.. kita round Taman Gelora...
Tempat kenangan Fasya photoshoot zaman-zaman kecik dulu..
Tapi sayang...seiring dengan perjalanan masa..kat sini dah tak secantik dulu..
Dengan keadaan kurang terjaga..tasik-tasik pom air kering..

21.03.2017
Unplanning.... spontan plan dengan papa ajak gi Kuantan. Sebab kesian kat anak dara sornag nilah..bersungut..bosan seharian mamapapa kerja, dia duk rumah Tokma dia.. Jadi malam ni turun Kuantan lagi.... bawak round.. Nak buat camner, dah Kuantan paling hampir dan banyak sikit tempat nak pergi . Kat Kemaman ni bandar  biasa jer...

Selfie 3 beranak

Jalan-jalan cuci mata,,
Dah lama dia nak kasut ala sport & sneaker..
Sebab kasut lama dah tak muat..

Lagi penyakit cermin.. dah berjangkit belaka..

Keluar mall lepak Teluk Chempedak...
Haaaa...akhirnya jumpa kasut sport Fasya kat TC ni...
'NIKE' cap ayam ..ngeee...
Takpelah brand local pon...lagi pom budak-budak cepat besar...

Sweet couple ...

24.03.2017
Bila time cuti sekolah semestinya meriah dengan jemputan kahwin kan..
Ni majlis kahwin sepupu papa Fasya.. 
Jadi joinlah rombongan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan..

Ni sebelah pagi , time breakfast...
Kemain lagi tu..cubaan untuk selfie.

Alhamdulillah...selamat dah semua.
Semoga mahligai dibina kekal hingga Jannah.

Balik kenduri..masuk kereta salin baju..
Fasya je la salinnya.. Terus singgah Mesra Mall.. Saje bawak budak sorang ni. 

Sebelah malam..
Melepak kedai kopi..

25.03.2017
Last cuti kan... jadi nak spend masa kat rumah jer.. Dari pagi bawak ke petang mengemas dan settle segala kerja rumah.. Sempatlah juga sedia breakfast simple & menu tenggahari untuk lunch.

Breakfast.... 
Roti bakar + Mushroom soup.

Lunch - Sup tulang... Nyumssss

Sebelah malam.. Naik motor pusing kampung cari kedai. Ni kedai kampung jer.. Tapi makanan dia awesome dan murah.

26.03.2017
Lastt.... Back to school...
Bento simple untuk Fasya... Garlic bread+mushroom soup

Sekian...

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

Tuesday, March 14, 2017

Birthday Treat : Tusuk Foumous House Cafe

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..
1st, saya nak ucapkan jutaan terima kasih buat semua yang wish & doakan saya
kat entri sebelum ni... Serta yang wish & doakan di FB mahupun IG.
Alhamdulillah... Dah menginjak ke usia 32 tahun.
Rasa macam tak percaya pom ada..

***************************

Macam biasa... kebetulan birthday jatuh time weekend. So pagi tu gerak ke Kuantan sebab nak servis kereta. Tapi hampir 3 jam jugak duk menunggu kereta siap. Lepas dah settle, alang-alang ke kuantan mestilah merayap kat mall. Time ni papa Fasya suh pilih hadiah yang nak. Macam biasa, saya memang jenis penyegan walau dengan suami sendiri. Haha. 

Sebelum bertolak.. 
Macam biasa, saya memang suka snap pic anak dara yang sorang ni.

Pakai veil.. feeling princess

Dah settle semua, terus balik rumah. Balik rumah sempatlah iron baju bagai. Time ni papa Fasya keluar sekejap & call suh standby nak ajak belanja makan sempena birthday katanya. Memang setiap tahun, time hari special ni belanja makan perkara biasalah. Saya pom memang ala kadar.. Pakai baju yang sama jer dari siang. Kalau ikut saya memang dah malas nak keluar sebab dah hampir pukul 10 malam. 

 Papa belanja makan shell out. Sebab seafood ni memang feberet saya walaupon saya xleh sangat makan, Biasalah, mende yang tak boleh tulah kita suka. Memang shellout Tusuk Foumous ni feberet saya. Cara masakan dia memang sedap sangat. Sekali makan memang ketagih lah ..

Mama & Fasya
Biasalah sebelum balik kita selfie-selfie dulu. Memang nak balik dah time ni.. Tetibaaaaaaa.... Ada pasang lagu "Happy Birthday"... Apakahhhh???

video


Video yang dirakam oleh crew Tusuk Foumous. Serius touching  & terkejut sangat time ni. Sungguh, saya tak minta semua ni. Tak kisah kalo tak ada semua ni pom. Tp bila suami sendiri buat surprise rasa berbunga juga hati. Maybe papa buat gini sebab nak saya happy di saat-saat genting yang saya tempuhi dalam kehidupan ni. Apa-apa pun saya amat menghargainya.

My little family

Tqsm husb & anak kesayangan mama. Memang sangat terharu

Bersama kekuatan mama..

Potong kek..makan sikit sorang & bagi kat crew Tusuk Foumous sikit sorang.

Bergambar kenangan sebelum balik.

Last but not least,,, Yang sentiasa dinantikan setiap tahun ialah kad yang dibuat sendiri oleh satu-satunya anak kesayangan mama. Sejak dia mula pandai menulis... memang selalu dapat kad special dari dia. Memang tak cantik dimata orang...tapi amat tinggi valuenya di mata mama. Semua ni mama simpan untuk kenangan. Ucapan Fasya untuk tahun ni yang tertulis dalam kad tu :

" Happy birthday mama.. Adik sayang mama. Sekarang adik nak buat pantun.."
Mamaku yang sangat cantik,
Mamaku yang pandai masak,
Mamaku yang baik hati,
Mamaku yang pandai masak.

Walau tergelak besar jugak baca pantun ni.. 
Tapi ini semua membuatkan hari mama lalui sungguh indah. 

Sekadar menyimpan kenangan
Never waste a moment..becoz it maybe the last with someone you love.

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

Friday, March 10, 2017

It's OK

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


It'ok...
Takpe. ..
Ok jer...
No hal lah....
Mmmmm...

Takpelah. ..
Doa yang baik-baik..
Cakap yang baik-baik..
Semoga yang datang semua yang baik-baik.

It's ok...
Lagi 8 tahun baru masuk 40 tahun!
Hari ni... Baru 32 tahun😩😩
Apaaaa???? 32 tahun dah??
Candid...
Tetiba dapat whatsapp pic ni.
Oklah... asyik letak pic control ayu jer..
Kita letak pic ntah apa-apa ni plok.Haha

10 Mac 1985 - 10 Mac 2017
L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

Tuesday, March 7, 2017

Malam Minggu Di Pantai Teluk Chempedak

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..
Baru-baru ni Terengganu cuti 3 hari...
Bersempena Pertabalan Sultan Terengganu..
Ramai yang ambil peluang ni untuk bercuti..
Saya tak kemana pon....
Melepak kat rumah je sebab kurang sihat.
Jumaat baru ni pom MIL datang memasak kat rumah.
Petang tu baru rasa sihat sikit..
Terus ajak papa dia turun Kuantan.
Puas jugak berkurung seharian...
Mujurlah perjalanan Kemaman-Kuantan tak jauh mana...
Sypk juga lepak malam hari rupanya...
Memang meriah betul Pantai Teluk Chempedak malam minggu ni.
Punyalah ramai orang.....

Jumaat : 03.03.2017
ootd dulu

 Macam-macam ada..Spiderman..Ultraman..Batman,. 
Memang meriah la...

Jalan-jalan Uptown TC

Dah lewat malam..lapar perut pulok..


Sabtu: 04.03.2017
Keesokkannya...
Memang duk dirumah..
Kebetulan ada tetamu siang hari tu...
Sebelah petang pergi rumah mama & ke hospital melawat sepupu..
Sebelum balik pekena Nasi Lemak Buluh dulu...
Time ni Fasya dah berdrama... habis cabut tudung dah dalam kereta...
Punca dia... sebab nak makan A&W lah.. KFC lah... McD lah...
Macam-macam mengarut sekali...

Tgk mata tu..bengkak😂

Ahad : 04.03.2017
Tertunai jugak hasrat dia sebab dah janji..
Pilihannya nak pekena Waffle dekat A&W..
Lepas tu terus balik rumah ...settle kerja rumah...
Petang tu turun Kuantan lak,.. kebetulan ada urusan kerja papa Fasya..
Sebab bertolak awal, kita cuci mata dekat mall dulu..

lepas hajat🍴

Sebelah malam..cuci-cuci mata

Tp ..mesti cuci poket jugaknyer😩

Last but not least...
Dah terima FM LOndon dari Anies...
Tqsm dear!!
Eksited sangat nih...

Dan....Isnin masuk kerja..
Mood pon lemau sebab penat.. Hahha..
Apa pun, kena cari mood & semangat!
Bekerja itu satu ibadah...
Semoga rezeki kita perolehi terus diberkati hendakNya..
Aamin..

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

Thursday, March 2, 2017

Sharing Is Caring....

Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Sharing is caring gittew...
Sebenarnya tak ada apa pon sangat...
Cuma bila bab nak fikir title tu selalu problem...
Mati kutu mak...

Just nak simpan cerita kat sini...
Apabila ada anak perempuan mula meningkat dewasa..
Dah mula pandai memilih nak pakai apa...
Dah mula rasa nak melawa..nak cantik macam orang besar...
Apa yang mama pakai... itu dia nak..

Adoiii....
Zaman mama baya awak dulu selekeh sangat tau..
Tak retinya nak bercomey bagai ni..
Kalau pakai tudungm rambut keluar habis..Senget benget sekali..

Kisahnya...
Sekarang anak dara mama ni dah mula berkongsi tudung dengan mama..
Tudung jenis bawal lah... Kalau shawl tu besar...
Nak sangat dia pakai tudung bawal...
Katanya macam retissssss..... Aduhhhh !

Ni baru 9tahun...
Nanti dah masuk sekolah menengah...
Mula berkongsi baju & kasut dengan mama kot..
Silap alat mekap pon semua nak kan???

Gini rupanya ada anak pompuan..
Kadang rasa seronok jugak lalui semua ni..
Tapi yang pening mama lah nak siapkan dia...
Hahahah

Lepas ni,
Mama beli banyak-banyak tudung bawal camni...
Kalau ada saiz budak kan bagus..

Ni tudung bawal crepe mama..
Alaaaa... habis adjust mama tau...

Ni memang instant shawl untuk dia...

Ni bawal Pucci mama...
Selai ni je bawal pucci mama...
Tu pom dia nak.. haha

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (73) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)