Saturday, March 17, 2018

Tiga Puluh Tiga

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Baru memunculkan diri.. Entah kemana hilang semua semangat tu. Banyak faktor yang membuatkan blog ni terabai. Faktor utamanya sebab kesihatan lah. Bulan Feb aritu warded... Hampir sebulan gak tak masuk keje. Haha. Pastu dengan kondisi mata nak mengadap skrin. Ditambah dengan komitmen kehidupan sekarang, sebab..masa cepat betul berlalu kan. Tapi takpe lah, selagi ada masa & ruang untuk update kita update. Harapnya, ini bukanlah entri terakhir dari saya. Bukan apa, takut juga kan.... Tapi saya still aktif kat IG. Senang nak upload+update. Boleh la folo saya IG saya lya_afrina .

Sekadar nak abadikan kenangan sempena hari lahir saya yang ke-33  pada 10 Mac 2018 baru ni. Apaaa??? Tiga puluh tigaaaa?? Haha. Makin tua oiii! Tak tahu nak wish apa... sebab dah tak ada apa yang saya inginkan, melainkan dapat menikmati hidup sebaiknya bersama semua insan tersayang +dipanjangkan umur sebab nak tengok sangat Fasya membesar + berkahwin & memiliki cucu. Jauh betul angan2 ni. Haha

10.03.2018
Time beday baru ni saya tak seberapa sihat betul + mood pom merudum. Jadi memang jiwa pon entah apa-apa. Ni pom, papa Fasya ambil saya kat opis, masuk dalam rumah tiba-tiba dapat booommmm dari anak. Surrpriseee!! Terharu juga mama. Sebab dia ni selalu bersusah payah nak seprais kan mama. Selalu nak buat mama happy. Siap banner tu semua dia buat sendiri. Yang percikan boom tu pom dia buat sendiri guna gelung bulat tisu dapur + belon jer. Mak mertua+anak-anak sedara siap masak makanan lagi untuk beday ni. Ehh..terharu gak.. Macam budak kecik lak. Haha.. Tapi lupa nak snap pic ramai2 dengan family.

Orang kuat majlis.. Pakai kalah beday girl dah ha.. 
Sepupu dia la ni pakaikan dia lawo2 camni. 

Tu dia... Gelung tisu tu... dalam dia letak makhluk halus yang berterabur tu.. Kat hujung tu letak belon.. Bila tarik belon tu, terus berterbangan makhluk halus tu.. Kretip gak ye anak mama ni. lepas ni leh DIY sendiri je la.. Tak payah beli lagi.. Ada dapat kad juga dari dia, tapi lupa nak snap.. Nanti la upload semula untuk simpanan kat sini.

Video kenangan sempena umur 33tahun


Love💘,
Lya Afrina

Wednesday, January 24, 2018

Petrosains Playsmart Kuantan

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Ya Allah... apa nak jadi dengan blog ni.. Sendu se-sendu-sendunya... Hahaha. Oklah, meh la kita buat edisi throwback jer. Banyak sangat nak terobek-terobek ni. Ada rajin...adalah update.. Hahha..Gitttuuu...

Petrosains Playsmart Kuantan merupakan pusat sains yang semestinya sangat menarik untuk dikunjungi. Sambil bermain, sambil dapat ilmu. Kita pom turut sama enjoy. Lokasinya terletak di bangunan Perpustakaan Awam Kuantan. Berdekatan jer dengan HTAA(Hosp Tengku Ampuan Afzan, Kuantan). Nak senang google maps/waze je "Perpustakaan Awam Kuantan". Apa yang menariknya, masuk adalah percuma... so, main & bereksperimenlah la puas-puas hati.

Cuti sekolah akhir tahun 2017, sempatlah bawa Fasya ke sini sebagai memenuhi xtvt cuti sekolahnya. So, meh la beberapa pic yang sempat diupload. Kalo nak upload semua..banyakkkk. So, upload mana yang rasa menarik & tertarik jer. Hehehe

Entrance

Let's pic talk:-


Ada jugak gift shop.
Apa lagi... mestilah semek ni nak juga.
Mama ok jer..untuk kenangan.. 
Love💘,
Lya Afrina

Monday, January 8, 2018

Welcome 2018

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun baru. Uwaaaa, cepatnya masa berlalu. Semoga tahun 2018 ni akan berlalu dengan sebaiknya.. Jika diuji, mohon hati terus kekal tabah untuk menghadapinya.. 

01.01.2018, dah bermula sesi persekolahan bagi Negeri Terengganu. Alhamdulillah, anak mama dah darjah 4 sekarang. Dah naik tahap 2.. Rasa sebak sangat.. Masa mula menulis blog ni umur Fasya tak sampai 1 tahun pom lagi.. Bermakna, dah hampir 10tahun saya menulis blog ni. Banyaknya kenangan dia dari kecil tersimpan kat sini. Cuma 2-3 tahun kebelakangan ni jer, agak sendu nak update blog. tapi tetap cuba update juga memori untuk kenangan dia dah besar nanti.

Nak tutup blog memang tak lah... Selagi ada kesempatan akan cuba coret kenangan kat sini. Maybe faktor kesihatan & kesibukan yang membuatkan masa nak update blog tu susah nak cari. Kadang ada masa, tapi mood & kesihatan tak ok.. tak jalan juga. Bila kesihatan & mood ada, kesibukan dengan urusan kerja & rumahtangga pulak. Takpe la.. go with the flow gittu.. 

Gambar hari pertama persekolahan baru² ni. Request nak pakai tudung camni dah.
Mujurlah maintain ok tudung dia sampai balik sekolah.

Happy New Year

Love💘,
Lya Afrina

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (196) Asya's Story (141) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (93) MyHappyFamily (83) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (66) Asya's School (63) MACAM2 ADA (57) Friend (56) Birthday (52) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) About Me (50) DapurLyaBerasap (50) M.E.M.O.R.Y (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Singgah Rasa (44) Photoshoot (43) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (37) CINEMA (35) Lyafrina (35) D.I.A.R.I (33) H.O.L.I.D.A.Y (33) Let's Eat (33) NuFF (33) Check-Up (32) Asya's Friend (30) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) XTVT (30) mama+papa+fasya (30) Tempat Makan Best Di Terengganu (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) fasyafrinatraveltales (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Papa Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) fasyafrinavacationtime (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) LegasiCikguAmran (1) LegasiMekAdik (1) MY JOBs (1) TERENGGANU (1) de (1) ma (1)