Showing posts with label About Me. Show all posts
Showing posts with label About Me. Show all posts

Friday, April 4, 2014

Kronologi 1 Mac 2014 - kemalangan Yang Merubah Kehidupan


Lamanya menyepikan diri.. Bukan apa mood masih merudum..Dalam masa yang sama saya memang betul2 nak berehat. Kalo update pon kat IG aje.. Saya tak tahu camner nak mulakan.. Jadi ke jakun plop nak menaip ni.. Sekarang dah musim cuti sekolah, tapi terkilan sebab x dapat bawak dia bercuti..aritu janji nak bawak dia bercuti. Sori ye asya, insyallah bila mama sihat & dipanjangkan umur kita pergi jalan-jalan. Tapi cuba gak merancang percutian terbaik utk asya, maybe just tidur kat hotel & bagi dia mandi kolam puas-puas. Nak jalan-jalan kaki saya uzur & bengkak.

Ramai yang bertanya pasal kemalangan yang menimpa saya pada 1 Mac 2014 tu..Kejadian tu berlaku sewaktu balik kerja. Pada kebiasaannya Fain memang ambil saya dengan kereta. Tapi nak jadi cerita, hari tu dia bawak motor LC dia sebab dah terlewat.. Tertido katanya. Kalo nak ambik dengan kereta takut lambat sampai. Saya lak hari tu pakai baju yang dah lama tak pakai, pemberian MIL saya. Sebelum balik tu, saya siap touch up muka lagi. Kebetulan tu waktu "CUTI" saya, jadi balik rumah terus salin baju je nak bawak asya jalan-jalan. Dan sepatutnya. 1 Mac 2014 tu adalah hari weekend saya.. Tapi hari tu saya pegi gak kerja sebab ada hal. Itulah, kadang-kadang mde nak jadi kan.. macam-macam.

Bintang PINK - Lokasi kemalangan

1.3.14 : Last pakai baju ni.. Yang kelakar saya sempat selfie.. Sebenarnya bukan untuk upload IG ke hape.. Tapi saya gini la sokmo, nak tengok kulit muka berminyak ke tak? Kalo berminyak nak touch-up. Masa ni dalam kul 4.30pm.. Ni pic sebelum saya touch-up muka saya. Yelaaa... nak sebab waktu ni masa "cuti" saya so, saya terus touchup, balik rumah just salin baju je untuk bawak asya jalan-jalan. Tapi, malang memang tak berbau.. manatau sesuatu akan menimpa saya hanya beberapa ketika selepas ni. Senyuman berakhir disini ;-)


Akhirnya tinggal menjadi kenangan.... sayang jugak kat baju ni. Sebab kain baju ni pemberian MIL pada saya dulu.

Waktu balik dari kerja pukul 4.45pm. Memang ontime turun & Fain dah sampai. Saya terus je naik motor.. Tanya jugak "bakpe bawok motor?" .. Baru je keluar pintu pagar kawasan ofis.. Dalam pukul 4.48pm dekat selekoh, saya kena langgar.Memang Fain bawak motor slow je, baru je masuk gear2.. Tup tup kat selekoh terus bertembung dengan NISSAN NAVARA yang bawak kereta serupa pelesit & masuk side sebelah saya. Memang super drift r.. memang xde pilihan , sama ada langgar depan& atau ke sisi.. Mujur motor, Fain boleh elak ke sisi navara.. Tapi time tu la motor lekat kat tayar navara & badan saya memang bergesel habis dengan navara. Time tu saya rasa mcm bahu saya kebelakang sangat & macam ada satu kuasa penolakan yang sanggat kuat sampai saya boleh terpelanting sebelah kanan.. time tu la saya menjerit sekuatnya & sedar-sedar dah terhempas atas jalan.. Sakitnya badan hanya tuhan yang tahu. Fain sendiri tak sedar saya boleh tercampak. Budak yang melanggar saya tu xde lesen & merupakan budak praktikal company "P". Kereta yang melanggar saya lak kereta company dia. Dan sememangnya salah dia sebab bawak laju mcm nak drift kat litar kat kaw industri ..Lagi-lagi dekat selekoh tu, punyalah syok drift, dengan kita-kita kena sapu.. Kalo bukan saya yang kena waktu tu, budak-budak ofis saya yang lain akan kena.. Cuma masa tu nak ditakdirkan terkena pada saya.

Lepas tu orang terus bawa saya ke Emergency Room. Sampai kat sana saya dah x sedar diri. Dan saya tak tahu apa yang berlaku waktu tu. Cuma dari cerita Fain, pukul 9pm ambulan bawak saya ke Hosp Besar Kuala Terengganu untuk CT SCAN. Elok je fain sampai kat hosp, ambulan dah nak bertolak balik semula ke Kemaman.. perjalanan KT-Kmn dalam 3 jam gak. Sepatutnya saya masuk ICU Kuala Terengganu, tapi penuh . Buat balik Kemaman semula & masuk ICU Kemaman..




Sepanjang tempoh tu, saya tak tahu apa berlaku sebab saya memang tak sedar diri & hidup hanya bergantung pada mesin bantuan hayat. Sedar-sedar saya terkejut dengan suasana.. dan blurrrr. Saya sendiri dah lupa apa yang berlaku & tentang kemalangan tu. Hari ke-5 baru saya sedar.. Sakitnya hanya tuhan yang tahu.. menahan kesakitan sebab dalam mulut & hidung dipenuhi wayar-wayar untuk mesin bantuan hayat. saya menangis & menangis.. dengan harapan cepat-cepatlah tiub bantuan hayat dibuang.. tapi doc xboleh buang, sebab paras oksigen saya amat rendah. Kalo buang, memang saya x boleh bernafas sendiri. Hari ke-6 kalo tak silap.. t/hari tu baru boleh buang tiub intubation tu. Proses untuk membuangnya hanya tuhan yang tahu kesakitan tu.. Dengan darah yang terpancut keluar dari mulut & luka-luka. lepas buang tiub tu saya mintak makanan sebab terlalu lapar.. tapi tak boleh lagi dalam beberapa jam.. Dalam pukul 12am-1am, baru saya boleh makan.. Perkara pertama yang saya mintak waktu tu yogurt & aiskrim vanilla. Pukul 12pagi++ nurse ICU kol Fain suh bawakan utk saya. Mlm-malam buta cari, mujur 7e buka. Tapi boleh makan sesuap je.. Keesokkan harinya sy makan yogurt 3 cawan sekaligus.. Sampai ke hari ni, saya xleh nak makan lagi..sebab terlalu sakit kat dada ni bila makanan masuk. Sehingga sekarang dah 3KG berat badan saya hilang.

Terkejut dengan keadaan kulit sampai jadi macam ni?
Tapi sekarang dah semakin OK..Pakai krim, cuma parut-parut je.
Sedih pon ada bila kulit jadi macam ni. Maybe effection sepanjang saya sakit & x sedar diri tu

Keadaan bibir yang lebam, Ni pon dah OK sebenarnya. Asalnya teruk lagi.. Nak senyum & makan pon x boleh, mesti berdarah. Masa ni dah nak baik. Tapi sampai sekarang kesan lebam tu ada lagi.. Ntah hilang atau tak.. Terkilan ;-(

Bermula dari kemalangan hingga ke hari ini saya masih belum mampu menyentuh makanan disebabkan luka dalaman. Lapar hanya tuhan yang tahu. Kadang-kadang cuba makan sesuap dua bubur nasi.. yogurt.. Tapi saya banyak minum air zam-zam & air Tamar Cocoa ni pemberian blogger Jaa masa melawat saya kat sepital. Sekarang nak repeat order, sebab mmg bergantung pd air ni juga untuk tenaga..Nak minum air nestum pon mcm pedih jugak..

Dan satu perkara yang paling saya terkilan..adalah sikap orang yang melanggar saya. Sekali pon lepas saya sihat & sedar dia x pernah jumpa & mintak maaf. Saya nak tuntut bayaran bil hosp, minyak, kos baiki motor, dan segala kos yang dikeluarkan selama saya sakit seperti pampers.. tapi boleh dia jawab, "dah buat report polis dah.. claim la insuran'.. memang sakit HATI. masalahnya insurans & socso just bayar bil hosp je.. Lain-lain mana dia tanggung. Saya rasa tak salah pon saya tnutut dari dia. Sah-sah salah dia. Company dia pon patut bertanggungjawab.. Pada asalnya saya nak tarik saman tu, sebab kesiankan dia.. Tapi nampak gayanya akan teruskan sebab sikap dia tu.. Dia tak tahu kerana dia, saya merana & nyawa berada di hujung tanduk.. Harga nyawa saya hanya RM50 dimata dia?? Trauma saya? Kesakitan saya? Kemurungan saya? Asya terbiar... ? Ya Allah, asya berubah drastik sekarang.. sedih dengan keadaan dia..Maybe terkejut dengan apa yang berlaku pada saya .. Atau maybe sebab terlalu lama ditinggalkan saya & Fain. Sekarang saya & Fain berusaha memulihkan kembali emosi asya. Kalo bab saya lak.. setiap malam saya menangis.. kadang-kadang rasa nak pecah dada memikirkannya.. SEDIH hanya tuhan yang tahu. Dengan kelaparan yang terpaksa saya tahan.. Walaupon meluat-luat ingin makan..tapi tak mampu.. makan sesuap dua camtu je.. Entah, sampai bila mcm ni.. Bila makan je, sakit habis sampai ke dada, maybe sebab luka dalaman akibat itubation tu. Rasa lembik sangat badan. Setakat ni, berat badan saya dah hilang 3kg.



Dan..paling kesian pada anak ajaib mama ni.. Secara tak langsung menjadi mangsa keadaan.. Emosi terganggu & saya tak tahu nak kata mcm mana.. Sebab saya sedih sangat melihat keadaannya. Dia terlalu kecil. Tabahlah anakku sayang.. Kita di pihak benar.. Insyallah, Allah SWT akan membantu kita perolehi keadilan.


Dan..sempat papa bawa melepak beberapa minit je tepi pantai teluk kalong disebabkan saya sakit nak berjalan. Asalnya lepak dalam kereta. Tapi kesian asya nak makan aiskrim.. ajak duduk tepi benteng je.. Lepas tu terus balik rumah. Kesian sangat anak mama.

Dan.. walaupon lewat tapi saya amat hargainya.. Birth gift dari papa asya. Purse, memang tepat pilihannya. Warna & compartment dalam semua kena dengan citarasa saya. Kebetulan memang saya xde purse, lepas hanyut banjir memang saya tak terbeli pon lagi. Tqsm sayammmm.. Love u so much.. Dan hadiah termahal darinya semestinya kasihsayang yang seadanya buat diri ini. Moga sayang & cintakan saya seadanya hingga saya menutup mata ye ;-)

** Sejak kemalangan ni..sakit melampau-lampau..demam on/off..badan rasa terlalu lemah.. ntahhhhhh???**

last update : 20.03.14 @ 11.30pm
============================================
UPDATE 04.03.14
 Entri ni saya sempat draft selepas saya keluar wad dulu , tapi tak sempat publish. Sehinggalah 25.03.14 sekali lagi saya koma effect dari kemalangan tu & saya juga tahu perkara yang lebih serius tentang diri saya & effect kali ni lagi teruk. Kali ni kritikal & di transfer ke HTAA.. Sepatutnya time tu kena transfer ke HKL atau Kubang kerian..Tapi last minute ada kosong di ICU HTAA. Saya tak mampu nak berjalan sekarang... Emosi lagi teruk & rasanya sekarang berat badan saya dah hilang hampir 10kg...Dan umtuk kehidupan lepas ni, saya berharap cukuplah setakat ini ajer penderitaan ...atau ianya baru permulaan semula yang saya harus tempuhi?? Hanya tuhan yang tahu. Insyallah, lepas ni saya akan coretkan disini sebagai kenangan. Sebab saya ada satu perkongsian yang ingin saya share selama saya koma kali ni.. memang lain & saya tak pernah ceritakan pada sesiapa sebab dalam HATI ni terasa sesuatu.. Mungkin Petunjuk??  Mohon doakan saya mudahan saya tabah menghadapi ujianNya.
Setiap ujian yangg berupa musibah ada 3 perkara yg Allah ingin sampaikan pada kita:
1. Sebagai kafarah pada dosa-dosa kita.
2. Allah hendak naikkan darjat kita di sisiNya.
3. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik lagi.

Ustaz Dato' Hassan Mahmood Al Hafidz.
Terus bersangka baik kepada Allah kerana Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:- "Sungguh pelik urusan orang mukmin itu, semua perkara baginya baik belaka, semua ini tidak didapati oleh orang lain melainkan orang mukmin : Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka itu baik baginya, dan jika dia ditimpa kemudharatan dia bersabar, maka itu baik baiknya." 

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, March 10, 2014

10.03.2014 : 29 tahun... yang penuh rintangan hidup !

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Setelah sekian lama menyepi.. bukan sengaja menyepi..Tapi penyepian kerana mengharungi ujian yang bertalu-talu dariNya. Kalo baca entri terkahir berkaitan asya & menyusul dengan ujian buat diri saya. Ya Allah, kerdilnya hambaMu ini. Alhamdulillah, Allah amat sayangkan saya. Saya cuba cari kekuatan utntuk menaip disini, sebagai menyimpan kenangan di blog saya sempena usia saya 29tahun harini (10.03.14). Alhamdulillah..alhamdulillah.... percaya atau tidak, saya dah hidup 29tahun di dunia. Alhamdulillah..Ya Allah, teruskanlah usiaku ini selagi aku diperlukan & membawa kebaikan buat dunia. Disamping itu saya ingin ucapkan jutaan terima kasih buat semua sahabat yang wish kat FB & essepcially jugak buat GSFianz... Amin..amin, mudahan doa kalian yang penuh keikhlasan itu dimakbulkan Allah SWT.

Surprise dari Fain & Asya t/hari tadi..
Tak de makan kat mana-mana sebab saya tak sihat..Dulu, sebelum kejadian ni menimpa, awal-awal saya dah suh fain belanja makan Nando's.. takpe..lpeas saya sihat ni kena belanja gak ye! Fain just beli KFC.. tapi xleh nak makan jugak. Makan sikit je.. Sakit kesan intubation.. Habis luka-luka.. Nak makan , berdarah..nak senyum pon berdarah.. Ya allah..Ujian-Mu... Betapa istimewa aku disisi Mu



pic saya letak sekeping ni je..
 sebab yang ni je paling OK boleh senyum..

Status instagram sempena ulanglahir saya hari ini.. 
Simpan kat sini sebagai kenangan
" 10.03.14 : syukur alhamdulillah... masih dipanjangkan umur utk menempuhi kehidupan d usia 29thn. 29thn??? iye ke?? mcm x percaya! Tqsm buat insan tersyg @fain84 & #fasyafrina y sntiasa berusaha utk utk mhappykan diri ni. Terima kasih kerana selalu disisi sy sejak kali pertama kt jumpa hingga sekarang. Terima kasih teman n sahabat sejati ku dulu y kini merangkap suamiku. Teringat kali pertama kt bjumpa... sy dlm keadaan x sempurna.. lumpuh n bkerusi roda. terima kasih krn terima n sygkan sy seadanya diri sy yang serba kekurangan .Terima kasih krn sentiasa bersabar dgn sy . Dear sahabat sejatiku, i love u so much.. terima kasih krn cintai sy tanpa syarat n berusaha utk memiliki HATI sy. Semoga tuhan akan terus m'eratkan persahabatan n percintaan kita hingga ke akhirat.. Ditambah kehadiran baby ajaib buat kt rasa begitu istimewa walau byk perkara y tpaksa kita pndamkan.. Namun sama2 kita tempuhi demi sebuah kehidupan kekal di akhirat kelak. Utk semua sahabat sy, sy bsyukur krn dikurniakan insan2 spti kalian disisi sy.. Yang sentiasa ada n terus menerus mendoakan sy. Terima kasih ats smua ucapan harilahir. Mudahan dimakbulkanNya. amin"


Dan...sunyinya & sepinya saya selama ini kerana ini...
saya koma bermula pada 1 Mac 2014... Selama 4hari koma.. hari kelima baru sedar diri.. Ramai kot kawan-kawan saya dah tahu lepas suami saya muatnaik pic ni kat FB. Insyallah, lepas-lepas ni la saya story.. Saya tak larat sangat ni.. Baru je 2 ari keluar wad..Tu pon kul 7ptg, baru discahrge selepas berhari-hari pujuk rayu nak balik berehat kat rumah je. Kiranya balik dengan risiko sendiri. Terima kasih buat semua sahabat yang mendoakan saat saya bertarung nyawa ini. Alhamdulillah, ternyata doa kalian semua dimakbulkan Allah Swt, maka diberi lagi peluang untuk saya membuka mata walaupon saat ni hidup saya hanya bergantung pada mesin bantuan hayat semata-mata. Sebenarnya banyak yang saya nak katakan.. tapi keadaan tak menizinkan lagi, sebab saya betul2 perlukan rehat & hilangkan trauma dalam diri. Insyallah, panjang umur..kita jumpa entri lepas ni.. Insyallah..doakan moga saya cepat sembuh dari segala segi emosi, jiwa & fizikal.

**PRAY FOR MH370, mudahan Allah SWT memberi petunjuk..Hanya Dia yang mengetahunya.. Sedih,,saya baru tahu hal ni kelmarin..sebab baru kelmarin rajin buka FB & baca-baca kat internet**


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, May 31, 2013

Colour Of My Life

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
pic dari IG @lyafrina

Hi kawan-kawan, late ni makin terabai blog ni. Sebenarnya banyak giler citer yang nak disharekan. Update 1 entri seminggu pon dah kira mujur. Ni ambik peluang jap pagi-pagi buta nak update simple sebelum bersiap ke majlis pernikahan BFF saya jap g. Memang agak bz kebelakangan ni. Dengan kerja-kerja ofis yang dibawa sampai kerumah. Pastu sibuk berubat asya ke sana-sini dan saya pon kurang sihat baru-baru ni. Dalam masa sama saya siapkan gubahan hantaran BFF saya bagi pihak bakal suaminya. Saya bukan ambik tempahan membuat gubahan.. tapi boleh la sikit-sikit, & kebetulan bakal suami BFF saya orang Sarawak, jadi susah gak nak prepare. So, saya sebagai salah sorang yang rapat dengan dia bantu mana yang mampu. Dalam masa 2 minggu nak siapkan.. tapi disebabkan saya pon bz dengan kerja, so minggu ni baru saya cuba siapkan gubahan hantaran tu.. Dalam masa 2 hari. Fuhhhhhh. Hari ini, kawan saya akan dinikahkan.. & esok majlis persandingannya. Semoga semuanya berjalan lancar.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, May 7, 2013

PRU 13 : Kenangan Kali Pertama Mengundi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

bahang PRU13 masih terasa.. Dan keputusan hari ini... inilah pilihan rakyat.
Walau siapa pun yang mentadbir, harap dapat menjalankan amanah dengan sebaiknya.

Bukti Saya Mengundi

5 Mei 2013 mencipta sejarah dalam hidup saya kerana inilah kali pertama saya mengundi di usia 28 tahun. 5 tahun lepas, ketika PRU12 saya tak dapat mengundi sebab time tu saya koma semasa mengandungkan asya.. Dan 5 tahun sebelum tu, PRU11 lak saya belum cukup umur. Harapnya, tuhan panjangkan umur untuk saya mengundi pada PRU14, 5 tahun dari sekarang.

Perasaan pertama kali mengundi, memang rasa berdebar. Dah la time nak mengundi tu dia mari confuse, nak tanda right ke pangkah.. Lama gak duk bertapa sambil pejam mata... hehe... Siapa calon pilihan saya? Biarlah rahsia... tapi apa yang pasti, saya memilih bukan kerana parti yang bertanding, tapi orang yang bertanding yang dirasakan layak untuk memimpin. 

Keputusan di kawasan DUN CUKAI, tempat saya mengundi berpihak kepada PAS. Kalo sebelum ni, DUN CUKAI milik BN. Apa-apa pon, inilah pilihan rakyat disini. Tak kisah siapa yang memerintah, asalkan masing-masing laksanakan janji & tanggungjawab dengan sebaiknya.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, March 21, 2013

Thank You

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Aiii, lame bebenor tak buka blog. Nak menaip ni pon, tekan-padam-tekan-padam. Blur.. Alhamdulillah, kerja saya beransur selesai. Cuma ada sket-sket je lagi yang boleh dibuat di waktu pejabat, cz bulan 4 ni Cost Quaery. Sekurangnya saya dah lega, kerana fasa tu beransur pergi. Sebab saya memang terasa letih sangat baru-baru ni. Yang satu projek, dah selamat submit Isnin baru2 ni, tu la bersengkang mata. Jadi, 2-3 hari lepas settle, tu memang saya ambik masa untuk merilekskan diri sendiri. Bagi peluang untuk berehat dulu, sebab nak tulis blog ni perlukan daya pemikiran kan. Memandangkan hari ni last day kerja untuk minggu ni, saya mula slow2 berjinak semula dengan blog ni. Sape kate tak rindu woo.. dalam HATI ni menjerit kerinduan. In shaa allah, start next week menyusul la entri & bw seperti selalu. 

Sebagai permulaan, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat GSF yang sudi membuatkan saya entri khas sempena ulangtahun kelahiran baru-baru ni. Sebagai tanda kenangan, saya ingin letakkan ucapan tu kat blog saya, Hadiah terhebat dari kamu semua adalah "DOA" yang tulus ikhlas ;-) . Semoga semua doa ini dimakbulkan. Seandainya, ada entri untuk saya yang saya terlepas pandang, harap maafkan saya & sudi-sudikanlah tinggalkan link tu kat sini ye.

1. Big Boss GSF, Mama Arina

2. MissBanu

3. M


4. Wanieys

5. Cik Rose Cute


6. Abe Jagau..
Yang sweetnyer, siap ada videoclip lagi..
suara abe jagau ke tu?


7. Lelamaisara
http://cutemama-lelamaisara.blogspot.com/2013/03/happy-birthday-lya.html


8. Dya Bunga


9. Deqla
10. Ayu


11. Solehah

 12. Cik Nur
&
tak lupa dari anak sedara saya.
Kebetulan yang sungguh betul, tarikh lahir saya & anak saudara (berbaju hitam) adalah sama. Jadi every year celebrate sama-sama. Citer pasal birth saya pon, rasanya tak update,  xde apa yang special pon. Just biasa-biasa je, makan-makan dan ..... Lagi pon xde ambik gambor sebab kamera tertinggal, pic pon via hp.. Tu malas nak update. hehe.

Happy Weekend
Esok nak bawak asya tenggok wayang citer " The Croods"

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Saturday, March 16, 2013

Kenapa Saya Menyepi ?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kenapa Saya Menyepi ? 
Sebabnya....
~pic raya 2012~

  1. Selepas asya keluar wad, saya memang mood saya agak merudum. Ntah ? 
  2. Kebetulan, saya tak sihat. 
  3. Bertambah kebetulan, saya terlalu sibuk dengan kerja & kena berikan komitmen yang penuh sebab ini projek besar. Sejak 2 minggu ni, kerja pon balik lewat. Time lunch hour pon saya tak rehat, terus kerja... just berhenti untuk solat je. Dan kerja tu dibawa hingga ke rumah, hingga ke pagi berjaga. Serius saya letih sangat. Hari cuti pon kerja, harus bagi komitmen.. In shaa allah, bila dah submit isnin ni semuanya akan back to normal. 
Disamping itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua sahabat yang wish birthday saya & mendoakan yang baik-baik buat saya. Mudahan, doa yang baik-baik itu diperkenankan Allah Swt. Jutaan terima kasih esspecially buat GSF yang buatkan entri khas untuk birthday saya, tapi saya mohon maaf, sebab belum sempat terjah entri tu.. Pada malam birthday saya tu pon, saya kerja sampai ke pagi, kul 12malam, terima sms dari Fain, dapat ucapan sweet dari dia.. Rasa nak ngalir air mata, hilang skejap stress. 

Saya minta maaf, sebab belum sempat bw, ni pon kebetulan saya siap awal kerja malam ni.. saya ambik peluang untuk update blog & bw mana yang sempat. In shaa allah, bila projek ni submit pada isnin ni, saya boleh tarik nafas panjang. Stress & tak cukup rehat telah membuatkan jerawat membiak dengan jayanya di muka.. Takpe-takpe, lepas ni kena la yek! Serius PENAT !

Eyh... hari ini 16 MAC 2013
16 March 2006
saya selamat menjadi tunangan orang itew.....
owh.. rupanya dah 7 tahun berlalu

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Sunday, March 10, 2013

Doa Hari Lahir

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

10 Mac 2013
*pic last year, semasa raya Aidilfitri. Nampak gemok pakai baju ni*

Syukur alhamdulillah kerana masih diberikan kesempatan untuk terus bernafas & menikmati kehidupan dimuka bumi ini. Hari ini usia saya genap 28 tahun. Huhhhh... bagaikan mimpi. Lagi 2 tahun masuk la siri ke-3. Bagi saya, semakin bertambah usia kita, makin dekat kita menuju pada-Nya. Semoga, pertambahan usia ni seiring dengan perubahan yang lebih baik & diredhai. Di samping itu saya mengharapkan agar kesihatan saya sentiasa dalam keadaan terkawal, sebab saya tahu nak sembuh sepenuhnya adalah mustahil. Selain itu, semoga saya terus diberikan kekuatan & kesihatan yang berpanjangan untuk terus berbakti pada suami & anak. Dalam kerjaya pula, semoga Allah Swt terus memberkati setiap hasil kerja yang saya lakukan demi mencari rezeki buat keluarga. In shaa allah.  


YA Allah ya Tuhanku yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunKan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

Amin Ya Rabbil-Alamin.

Doa ni saya petik dari SINI




Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, February 6, 2013

KISAH HIDUP KITA : Sejarah Hitam Bermula....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Disaat ini semuanya bermula... semua penderitaan hidup bermula.. Yang memusnahkan segala impian hidup, cita-cita & CINTA saya pada saat itu.. Yang melemahkan diri untuk terus hidup..

Di saat-saat sejarah hitam bermula:-

2003
Pada waktu ini.... saya berumur 18 tahun.. Masa yang patut saya merasai nikmat seorang remaja.. Waktu untuk saya gembira seperti kawan2 saya.. Semasa mnunggu result SPM keluar... abg saya hantar saya belajar Pengurusan Komputer di PTPL Shah Alam. Tapi saya x sempat menamatkannya.. Kerana SATU PERISTIWA itu.. Yang memusnahkan segala kehidupan saya.. Akibatnya, saya mengalami demam yang teruk.. Akhirnya dimasukkan ke Hospital Klang.. Agak lama terlantar.. Sebulan lebih... Dan akhirnya, mama mohon pertukaran hospital ke Hospital Besar Kuala Terengganu.. Pada saat ini.. Seluruh tubuh saya lemah.. Dan akhirnya satu2 persatu fungsi badan saya hilang.. Saya mula diserang sawan pada saat ini.. Akibat serangan yang kuat & kerap... akhirnya saya lumpuh.. Pada asalnya saya hanya lumpuh separuh badan.. Tapi secara perlahan-lahan memakan diri.. Merebak hingga ke tangan.. Iyer... saya lumpuh seluruh badan.. Akhirnya doktor putuskan utk buat LP (ambil air tulang belakang),, MRI dan pelbagai lagi ujian.

Akhirnya semuanya terjawab.. Saya disahkan mengidap penyakit saraf iaitu Transfer Myletis (melibatkan sel darah putih).. Selain itu, saya disahkan berlaku jangkitan kuman di otak iaitu Enchephelitis yang menyebabkan serangan Epilepsi.. Puncanya sama ada semasa proses pembedahan ketumbuhan dulu (2000) @ dihempap kayu(2001) @ kemalangan dulu (2002).. Semuanya bpunca dari kejadian yang bertimpa-timpa ni.. Makin lama antibodi saya makin lemah..Penglihatan saya makin kabur.. Lama-kelamaan mata kanan x mampu melihat..Kelopak mata terpaksa ditutup dengan kapas takut jangkitan kuman.. Dan xlama selepas itu... Sekali lg saya diuji, apabila pada suatu pagi.. Ketika bercakap... tiada getaran suara y keluar.

Sekali lagi saya dirujukkan pada Pakar ENT.. Hasilnya anak tekak saya lemah, xtkatup n bgetar.. Semuanya serangan penyakit saraf tu.. Saya memang terlalu derita saat itu.. Terasa hidup hancur.. Saya x nmpak kebahagian di depan mata.. Jantung saya pula makin teruk dari dulu.. Kalaula saya tau,, saya xkan aktif masa sekolah .. Saya ingat masalah jantung saya tu hanya biasa2.. Xkan bg effect utk masa depan.. Rupa2nya,, bila dah terlalu aktif n buat kerja kuat ianya akan membawa kesan y buruk pada jantung..

Pada saat ini saya terlalu sunyi... Tiada apa y mampu saya buat.. saya nak bcakap xboleh.. nak membaca x boleh.. Serba serbi tak boleh.. Saya betul2 putus harapan.. Hingga akhirnya, saya cuba mencari kekuatan diri.. Saya x salahkan takdir.. Saya cuba utk mulakan hidup dlm keadaan yang paling sukar. Saya bermula kehidupan dari "kosong".

Dan... bermulakan kebangkitan hidup saya.. From ZERO TO HERO ! Bagaimana saya bangun dari kejatuhan? Bagaimana saya bangkit dengan semangat baru ???? 

------------------------------------------------------------

Sebenarnya ini adalah entri yang terperap di draft . Mengikut tarikh draft, entri ini ditaip pada 28.10.2010. Pada mulanya, saya ingat nak delete entri ni. Bila saya baca balik, saya menitis air mata & terus teringat peristiwa ni. Entri tahun 2009-2011 banyak kisah-kisah sedih sebab banyak tercoret kisah perjuangan saya melawan penyakit & kisah-kisah saya di wad. Dan, rasanya tak salah saya berkongsi pengalaman hidup ni dengan kawan-kawan. Setiap coretan tentang penyakit & ujian yang menimpa kehidupan saya bukanlah untuk meminta simpati. Ianya hanya sebuah catatan perjalanan saya. Saya nak asya baca kisah saya & asya memang perlu tahu tentang perjuangan mamanya ini. Sungguh, walau selalu tengok saya tersenyum.. Selalu nampak saya happy, tapi disebaliknya tersimpan satu beban yang terlalu besar untuk dihadapi. Insyallah, saya akan buat sambungan entri ni. Macamana saya bangkit & akhirnya saya menikmati kehidupan hari ini.  Dari seorang lumpuh, hilang penglihatan & tidak mampu bercakap....... hingga apa yang anda semua lihat hari ni..Bukan perkara yang mudah untuk harunginya, semuanya hanya dengan kuasa Allah Swt & Keajaiban dari-Nya. Saya rasa bagaikan mimpi.... apatah lagi setelah dikurniakan anak. Sesuatu yang paling tidak dijangkakan, sebab sejak awal lagi dah tahu saya tak boleh mengandung. Sejak Fain melamar saya, Fain dah sedia maklum yang saya tak boleh mengandung. Saya ingat saya hanya akan berdua dengan papa asya selamanya. Tapi setelah 2 tahun, selepas keluar ICU, tuhan hadirkan keajaiban dalam hidup kami suamisteri. Dalam rahim saya ada satu nyawa... memang kehadiarannya agak mengejutkan. Tapi inilah yang dinamakan kekuasaan Ilahi. Dan paling menakjubkan, asya sangat kuat survive untuk menemui mamanya. Tahukah sayang mama, saat pertama mama sedar dari koma yang panjang adalah setelah mama menerima tendangan asya dari dalam perut. Terima kasih Allah. Amin.


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, November 30, 2012

"SEGMEN:6 pekara tentang saya II"

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebenarnya dah lama sangat2 nak join segmen Kina ni. Lagi pon segmen ni menarik, iaitu berkaitan dengan diri kita sendiri. Dah lama tersimpan dalam draf, tapi kerana kekangan masa tu..asyik tertangguh.. Sampailah tadi baru terperasan dateline segmen ni 30.11.12. Yang duk tangguh2 tu sebab mencari masa yang betul2 lapang untuk fikir idea apakah 6 perkara yang nak dikongsikan.. Tapi nampaknyer, dalam ruang waktu yang sedikit ni, cuba untuk siapkan entri ni.


6 PERKARA TENTANG
 L.Y.A.F.R.I.N.A

1. Asal usul nama LYAFRINA
Saya tak pasti sama ada saya pernah ceritakan ke idak tentang asal usul nickname saya ni. Kalo ada pon, maybe dalam entri tahun 2009 dulu kot. Sebenarnya semasa mula2 create blog dulu, macam2 nama yang saya fikirkan... Tapi saya nak "satu" nama tu yang 1 dalam sejuta.. hehe.. eyhh.. ada ke blogger lain nama lyafrina ye? Selain tu, saya nak nama yang senang disebut & diingati.. Dan saya nak juga nama nickname blog ni simbolik disebalik HATI kami bertiga. Akhirnya dapat nama LYA-F-RINA. LYA   adalah nama penulis blog ni... saya lah. F pula untuk penyokong setia blog ni, iaitu FAIN a.k.a papa asya. Dan RINA daripada nama AFRINA yang merupakan pemilik blog ini sebab dalam blog ni adalah sejarah yang disimpan buat dia. Kenapa F mesti diantara LYA & RINA? Sebabnya LYA & RINA sama2 memerlukan F & F akan sentiasa ada diantara kami berdua. Sebelum orang tanya pasal AFRINA tu, meh saya jawab dulu. AFRINA tu adalah asya.. nama penuhnyer NUR FASYA AFRINA. Saya pasti setiap blogger mesti mempunyai maksud tersirat disebalik nama samaran kan. Dan, lama kelamaan, saya semakin sebati dengan nama ni & memang serasi dengan saya. 

2. Lya Cinta Fotografi
Saya amat mencintai fotografi, sejak dari kecil.. Sejak di bangk sekolah lagi, kalo kemana-mana mesti sentiasa bawa kamera, walau ke sekolah. Ingat lagi masa zaman guna negatif filem dulu,,, sebulan saya akan sediakan 2 gulung negetaif. Memang kawan-kawan baik saya sejak azali lagi dah tahu saya ni suka bergambar, sampai ke zaman u...& hingga sekarang. Kat rumah saya ada bertimbun koleksi gambar2 sejak dlu lagi.. Kalo kawan2 sekolah lama cari gambar masa zaman belajar dlu, mesti dia orang akan tanya saya sebab saya memang ada banyak sangat koleksi gambar dari zaman2 sekolah rendah+menengah+belajar. Cuma bila bergelar blogger ni, saya leh sharekan hobi saya kat sini. Dan lagi membuatkan saya teruja bila ada anak.. setiap perkara tentang asya mesti saya nak rakam... 

3. Biru + Hijau
Saya sangat sukakan warna biru & hijau... Sebab warna biru memberikan kedamaian...dan warna hijau memberikan ketenangan.. BIRU & HIJAU juga merupakan warna alam... warna yang begitu mempersonakan.

4. Tidak Boleh Memandu
Percayakah anda... saya tidak boleh memandu. Inilah hakikatnyer. Sebenarnya dulu saya boleh je memandu. Tapi sejak saya sakit+lumpuh dan bila keadaan makin pulih.. saya tak mampu buat semua tu. Dan saya doc sendiri pon x benarkan saya memandu sebab risiko terkena serangan sangat tinggi yang boleh membahayakan nyawa sendiri & orang lain. Sejak itulah, walau kemana saya pergi, Fain yang akan hantar ambik. Kadang2, saya rasa kesian... saya nak cuba belajar semula.. tapi dia tak izinkan.. Katanya, selagi dia hidup biar dia je hantar kemana-mana saya nak pergi. Tapi, saya harap sangat2 suatu hari nanti Fain bukakan pintu hati dia untuk beri pelang saya memandu....

5. Pernah Kehilangan Penglihatan, Suara & Lumpuh 
Pernah melali detik-detik kegelapan dalam kehidupan. Pernah kehilangan kekuatan... dan melalui hari-hari yang begitu sukar dan menyedihkan.. Di usia 18tahun, saya akur kehilangan nikmat untuk melalui hari-hari yang indah seorang remaja. Ya... hingga ke hari ini semuanya masih teasa & terkilan di hati. Di usia itu, saya harus terima hakikat yang saya kehilangan segalanya... kehilangan sebelah penglihatan, kehilangan daya untuk bercakap & lumpuh dari pinggang hingga ke kaki. Ya allah, mengingatkan saat itu, amat menikam jiwa. Betapa payahnyer untuk menerima kenyataan.. Namun syukur kepada-Mu Ya Allah, berkat kesabaran ku menempuhi ujian mu.. walaupon hampir bertahun menyembunyikan diri dari manusia, akhirnya hambamu ini mampu mendapat semula sinar kehidupan untuk kembali berdiri sama tinggi dengan insan lain. 

6. Suka SENYUM ;-)
Perkara ke-6 tentang saya... Biarlah sesuat yang indah... Saya suka senyum..akan sentiasa senyum tak kisah pada saat tu saya diuji ata dalam kesedihan... saya akan sentiasa senyum. Kerana senyuman itlah penawar HATI. Dan, saya pon paling suka tengok orang senyum... bagi saya senyuman itu terlalu indah .. Senyuman itu dapat menghasilkan 'nur' pada wajah. 

Dengan itu, saya menjemput mereka untuk join segmen ini:

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, June 15, 2012

KONTROVERSI : Lya & Kenangan Hidup

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat pagi semua... Huhu.. saya sangat-sangat rasa bersalah.. sebab lateni.. saya memang x BW & jarang update blog.. Tapi sungguh-sungguh terharu sebab semuanya kawan-kawan masih setia singgah sini. Bukan saya sesaja xnak bw & update..tapi kerana saya kurang sihat sikit.. Memang terlalu letih. Dengan rasa laparnya.. hampir seminggu gak tak makan nasi..semalam baru dapat makan banyak sebab mulut ni nak kunyah pon sakit kesan operation dengan mata macam blurr semacam..xleh nak hadap lama-lama.. Tu pasal saya ambil peluang ni rehatkan diri dulu biar betul-betul ok. Mohon maaf yer buat semua geng blogger & GSF.. Selama ni, kalo saya sihat..memang saya x pernah terlepas utk BW.sampai ke lubang cacing saya BW..

Hehe,, ingatkan arini xde entri lagi..oleh kerana timbulnyer kontroversi...kan dah jadi entri arini... Ok..pasal entri kelmarin KENANGAN HIDUPKU .. Sebenarnya tak de apa-apa yang berlaku.. semuanya ok! Cuma saya je kurang sihat. Xde gaduh-gaduh.. ayat-ayat tu semua bukanlah dari saya.. tapi itu hanya sekadar lirik lagu KENANGAN HIDUPKU yang saya share kat blog kelmarin. Ekceli..petang kelmarin dengar radio... ada dengar lagu ni.. try search kat u-tube.. terus share kat blog. Hanya sekadar layan-layan kepala je.. Xde kaitan apa-apa pon. Lagi pon..sebelum ni memang saya selalu share lagu + lirik kat blogkan.. cuma kebelakangan ni jer..kurang..biasa saya share time hujung-hujung minggu. Lagi pon..saya xde ideal nak update blog.. terus je la share lagu tu.. Kenalah lagu sedih & tangkap leleh.. aduyaiiii. BTw... saya sebenarnya terharu baca semua komen-komen kawan... sebab masing-masing ambik berat tentang saya..Saya amat-amat hargainya. TQVM...





ni gambor lame.. gambor baru nehi..nehi..muka bengkok cobong xde ambik gambo.. Tapi ni dah ok..bengkak dah surut..cuma sakit tulang geraham je la

Heheh..macam-macam kontroversi dah timbul.. Apa-apa pon, kawan-kawan semua...saya OK saje yer.. Jangan risau...hidup masih berjalan seperti biasa.. cuma lepas operation ni, saya kurang sihat je la.. Dan jap lagi saya nak gi makan angin kat Kuantan dengan FAIN & ASYA.. Ada sape mau jumpa???


Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Buat Follower, Jangan Lupa Tinggal LINK kat kotak KOMEN entri terlatest ye.