Showing posts with label Friend. Show all posts
Showing posts with label Friend. Show all posts

Wednesday, September 4, 2013

Warna Warni Aidilfitri

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Aihhh.. cipta rekod sungguh. 3 hari tak masuk ofis gara-gara tidak sihat. Lepas laki, bersambung dengan bini. Nak taip panjang-panjang,idea kering.. Layankan aje la pose kami geng2 ofis yang tua+muda semuanya sporting aritu. Tapi ni pose geng2 pompuan je la. Masa ni buat majlis sambutan hari raya kat ofis. Budak kecik sorang tu, anak ofismate. Biasa buat simple2 je kat area ruang kerja. Kali ni kita kasi lagi happening, buat kat Confference Room. Pic makanan semua tu n geng sekerja lain xde. Coz masa tu bz ! Petang2 tu baru free posing bagai.
Date : 24.08.2013


Cukup... cukup...sudah...
cukup sampai disini saja......
Ermmm..sebenarnya banyak lagi pic. Pic posing sorang2 pon ade. 
Tapi mood "Malu" nak tampal sini. Cukup la buat koleksi peribadi aje.


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, June 10, 2013

My Best Friend Wedding

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam Isnin semua.. Hari ni bawak asya jumpa pakar. Hopefully dapat dengar berita yang baik-baik saje.. Doakan asya ye ;-) . Hari ni just nak share pic-pic kenangan yang sempat dirakam pada hari perkahwinan BFF saya, Izzati yang diadakan pada 01.06.2013 . Tapi yang frustnyer, bateri kamera saya habih. Just sempat snap sekeping je... Huk..huk..huk..

Satu-satunya pic yang sempat saya snap..
Cantik sangat ! Sangat berseri-seri muka dia..


via henfon

Sebelum bertolak ke rumah Zati...
pic via IG @lyafrina

Sempat lagi posing time pengantin bersanding..
Hehe..dah update pantas di IG saya.


Kenangan bersama Zati+Din
Apesal asya masham cetum... saya plop napok pelik je..
Napok berisi pon ade.


Sebelum balik... posing dulu seround....

# saya ingat nak share pic hantaran yang saya buat tu... tapi nampak gaya, xde rezeki nak tunjuk sini. Sebabnya, masa saya buat hantaran tu mmg rushing, dalam masa 2 hari je. Lepas tu ingat nak snap, tp sibuk. Tapi kononnya nak snap pada hari persandingan ni.. tapi nak wak camner... bateri kamera plop konggggg.. x ingat nak cas malam tu.. ermmmm, nasib badan #

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, June 7, 2013

31.05.2013 : Izzati & Din Solemnization

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

**DISEBABKAN KESILAPAN TEKNIK, ENTRI NI TER-PUBLISH PADA 5.5.2013 (kes silap sheduled).. JADI SAYA DRAFKAN SEMULA ENTRI NI & PUBLISH SEMULA PADA HARI NI**

Musim cuti sekolah juga sinonim dengan musim kawin a.k.a musim mengawan. Memang situ sini meriah dengan majlis perkahwinan. Saya sendiri pon dapat banyak invitation kenduri kawen ni. Cuma bukan semua majlis saya boleh join, esspecially yang jauh-jauh. Salah seorang BFF saya juga antara yang selamat diijabkabulkan. Syukur alhamdulillah, setelah mengharungi pelbagai ujian & sesungguhnya jodoh mereka benar-benar kuat akhirnya beliau bersatu jua. Inilah ketenteuanNya, andai dia milik kita.. walau sejauh mana pon & walau seliku mana pon jalan, pasti tuhan akan dekatkan & andai ia bukan milik kita, walau segagah mana pon kita berusaha untuk dekat...ia tetap jauh dari kita. Ok, meh layan antara pic yang sempat saya snap. Lain-lain pic leh tengok SINI. Kalo nak letak sini, memang berjela-jela la entri ni.

31.05.2013
Zati & Din Solemnization

Hanya memakai kurung simple warna krim untuk majlis pernikahan.

Mekap sendiri..tapi tetap cantik & berseri

Husband & Wife
Alhamdulillah..Tahniah ;-)


Saya lak sedondon dengan dinding tu.
Masa ni dah lepas akad nikah..

Selepas sesi bergambar , makan dulu.
Nasi Dagang..yummmm.. serius sedap!

Tengok asya makan..secotet je tu

Hehe.. muka bosan dah ni.
Lepas makan..sempat gedik-gedik dulu dengan mama


Tak dop kije-an...


Mama kiss asya..

Lepas makan, masuk semula kat pengantin..
Wajib la bergambar dekat pelamin ni.


Anak dara mama dah besar..
One day, asya pasti akan melaluinya juga.
Moga asya dipertemukan dengan seseorang yang dapat menjaga asya sebaiknya & seadanya.
In shaa allah.


Me & Zati
Love this pic....


Aksi sempoi pengantin

BFF--> Flizz Star
Tapi x cukup geng...xpela...


Free style from us

Pic dari instagram @lyafrina

Entri majlis persandingan Izzati pada keesokan harinya akan menyusul kemudian.
Tapi sayang sangat sebab tak sempat snap pic banyak-banyak coz bateri habih.
Frustttt!

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Saturday, February 16, 2013

Dinner Di Restoran Dinnie 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lokasi:-
Restoran Dinnie 2

Kisah beberapa minggu lepas. Kawan sekerja Fain ajak dinner kat Restoran Dinnie 2. Katanya nak belanja sempena durian runtuh. Hehehe..Alhamdulillah, rezeki malam tu. 

My cute little princess
Asya sangat sweet bila bertudung

Meeting nak pilih menu malam tu. 

So, inilah hidangan dinner malam tu  Tom Yam Campur, Telur dadar, Daging Masak Merah & sayur Kailan Ikan Masin.

Dan tak lupa sutun celok tepong

Haaa.. rambang dah nak ambik yang mana dulu.

Yang belanja kita orang dinner malam tu ialah yang berbaju biru&co. 


Total makan malam tu RM120++. Memang sangat-sangat terkejut. Sebab harganya tak berbaloi dengan apa yang kita orang makan kalo nak compare masa makan kat Restoran Cahaya Mesra ( Bagkok Kitchen ) Seafood & Tomyam untuk 6 orang makan siap dengan ikan 2 ekor masak stim & 3rasa dan menu-menu lain pon baru harga RM120++. Ni makan malam tu just lauk-lauk biasa je. Sebelum tu, kita orang main budget dalam RM60 je.. skali datang harga.. huhu .. terkejut mak !


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Sunday, January 20, 2013

Makan Malam Berjemaah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tarikh :
17 Januari 2013 @ 9.00pm

Lokasi :
Restoran Cahaya Mesra ( Bagkok Kitchen ) Seafood & Tomyam

Malam Khamis baru-baru ni Fain ajak join geng pecah perut dinner. Semua ni bukan plan pon. Idea spontan katakan. Saya asalnyer malas nak join, sebab x berapa sihat malam tu. Macam sakit urat + anak demam. Tapi dah sisuami memujuk, pergi je la. Lagi pon orang nak belanja kan... Rezeki jangan ditolak.

Princess mama.. sebelum kesini susahnyer nak memujuk bai pakai baju la. Sebab dia mengamuk ajak pegi mandi kolam malam-malam buta. Dah beberapa hari ni, asal bangun tdo tanya bila nak gi kolam Pingu? Kolam Pingu tu kat Gambang Waterpark la... Kalo nak pergi kena la tunggu cuti panjang dulu. Mama janji dengan asya, cuti panjang nanti mamapapa bawak asya kat kolam pingu.

Ni Fain & budak-budak ofis dia.. Memang budak pon lagi.
Termasuklah Fain, nampak macam budak.. tapi dah bapak budak. Umur dah 29 tahun pon tahun ni. Yang lain2 tu semua bawah umur 25 tahun... 

Baca doa makan dulu ;-)

Terus berebut

Amboi... bukan main dia...

masa ni sadis tunggu.. lauk dah sampai. 
Tunggu nasi saya & Fain je dia org terlupa.. wakakkaka

Asya just makan sotong celup tepung febret dia

Dan ini Ikan Stim. Serius dari dulu lagi teringin sangat nak makan ikan stim ni. Sebabnya, Fain x makan ikan stim, jd xkan nak order untuk sorang. Mana habis. Malam ni dapat gak merasa.. Fuhhh... memang sedap. Sampai balik rumah teringat. Mujur la kat sini dia cadangkang, atas sekor ikan itu masak 2 menu. Separuh masak 3 rasa & separuh masak stim. So 2-2 boleh makan. Untungkan.

Pic dari instagram... Bersama chenta hati <3

Anak manja papa

Ha ha..comil pic ni. Sampai kepek mulut asya kiss papa dia

Last but not least... tunaikan permintaan "si renyeh" ni suruh letak pic macho dia kat blog..
Hihihi.. renyehhhhh

Total makan malam ni dalam RM120++ saje. Memang berbaloi, sebab masakan dia memang sedap dan banyak jenis hidangan. Kalo ada apa-apa event, ramai gak yang tempah kat sini.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Buat Follower, Jangan Lupa Tinggal LINK kat kotak KOMEN entri terlatest ye.